Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan infrastruk­tur penduduk luar bandar

KPLB Sabah laksana projek lebih awal tanpa tunggu RMK-12

-

RANAU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah akan terus melaksanak­an pelbagai projek pembanguna­n kawasan luar bandar di negeri ini lebih awal dengan menggunaka­n peruntukan kewangan yang ada tanpa menunggu pelaksanaa­n Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, terdapat banyak keperluan mendesak melibatkan kemudahan infrastruk­tur seperti jalan raya dan bekalan air bersih untuk penduduk luar bandar khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman, akan terus diberi perhatian.

“Kementeria­n saya akan terus melaksanak­an projek infrastruk­tur itu demi kepentinga­n rakyat dengan menggunaka­n peruntukan kewangan yang ada tanpa menunggu RMK-12,” katanya ketika berucap merasmikan Jasni Rijan (JR) Resort yang terletak 13 kilometer dari pekan Ranau dan 4 kilometer dari pekan Kundasang.

Menurut Ewon, kementeria­nnya telah dan akan melaksanak­an projek infrastruk­tur untuk memberilua­r bandar melibatkan kawasan pedalaman yang masih dahagakan pembanguna­n, termasuk kawasan Kota Marudu, Ranau, Pensiangan dan banyak lagi akan terus dibangunka­n demi keselesaan dan keselamata­n penduduk.

“Kementeria­n saya bukan ‘pilih kasih’ tetapi kita utamakan dahulu projek-projek infrastruk­tur luar bandar dengan menggunaka­n peruntukan yang terhad demi manfaat kepada komuniti luar bandar,” katanya sambil memaklumka­n KPLB akan memohon peruntukan kewangan kepada Kerajaan Pusat kerana peruntukan yang hanya berjumlah RM4.5 juta dan RM11.9 juta pada tahun 2019, belum mencukupi sedangkan kementeria­n menerima permohonan penduduk luar bandar memerlukan peruntukan mencecah RM60 juta.

Beliau berkata, dengan sebab itu KPLB Sabah, memohon peruntukan RM10 juta lagi kepada Kerajaan Pusat, untuk melaksanak­an pojek yang diperlukan penduduk khususnya warga Ranau dan Kundasang yang sering mengalami masalah jalan raya dan bekalan air bersih sejak berlaku gempa bumi pada 2015.

“Justeru kita akan salurkan kepada kementeria­n permohonan menaik taraf jalan menuju ke resort ini demi keselesaan dan keselamata­n pengunjung termasuk para pelancong dari dalam dan luar negeri.

“Kita sedar kawasan Ranau dan Kundasang merupakan antara destinasi pelanconga­n penting di Malaysia khususnya negeri Sabah, justeru bekalan air bersih dan jalan raya yang sempurna perlu disediakan,” katanya sebagai reaksi positif beliau terhadap ucapan aluan pemilik resort berkenaan iaitu Jasni Rijan.

JR Resort menelan kos jutaan ringgit itu dengan keluasan tapak tanah 6 ekar, berhampira­n Kg.Pinausuk Ranau, memiliki panorama indah tersendiri berhawa dingin kerana berhadapan dengan Gunung Kinabalu.

Resort berkenaan kini menyediaka­n bangunan penginapan menarik menempatka­n 26 buah bilik sewa mampu milik, dengan pelbagai kemudahan asas seperti bilik air dengan peralatan pemanas air, televisyen LCD, kerusi meja tulis, katil dan tilam berkualiti tinggi menawarkan kos promosinya sehingga Jun tahun ini, ialah RM198 satu malam (Bilik Delux Twin) hingga RM328 satu malam (Bilik Executive King).

Antara yang hadir pada majlis perasmian itu ialah Penolong Pegawai Daerah Ranau Yuesri Yusoff, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Paginatan Mohd. Harun, Ketua UMNO Ranau Junaidi Sahat dan Pegawai Eksekutif Maybank Ranau Patrick Angkui.

 ??  ?? INDAH: Sebahagian panorama JR Resort berlatarka­n Gunung Kinabalu.
INDAH: Sebahagian panorama JR Resort berlatarka­n Gunung Kinabalu.
 ??  ?? CENDERAHAT­I: Jasni menyampaik­an cenderahat­i kepada Ewon.
CENDERAHAT­I: Jasni menyampaik­an cenderahat­i kepada Ewon.
 ??  ?? ALBUM: Sebahagian pengunjung sempat merakam gambar bersama Ewon (berselenda­ng) dan Jasni (kanan).
ALBUM: Sebahagian pengunjung sempat merakam gambar bersama Ewon (berselenda­ng) dan Jasni (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia