Utusan Borneo (Sabah)

Memoir Mantan Seorang Guru

Menemukan kembali masa lalu di Kampung Sungai Melayu yang manis

-

BUKU kecil itu – Memoir: Nota Mantan Seorang Guru, menemukan kembali masa laluku di Kampung Sungai Melayu yang manis. Aku bersyukur. Terima kasih cikgu.

Saya selalu tertarik membaca buku-buku kecil – Catatan Harian atau diari, kerana ia ditulis dengan jujur dan ikhlas. Tidak ada unsur dramatisas­i fakta. Jujur adanya.

Salah satu buku catatan harian tempatan yang menarik perhatian saya ialah Catatan Harian Datuk Abu Bakar Titingan. Ditulis dengan huruf jawi tapi indah. Walaupun sudah lusuh saya menekuniny­a, sehingga saya dapat menghayati kehidupan awal beliau dan keluargany­a.

Beliau mencatat mengenai perkahwina­n, kelahiran anakanakny­a, kemasukan sekolah anak-anaknya, kematian orang tuanya, pekerjaann­ya sebagai petani, tebang balak, berhenti kerja dan saat mula hijrah ke Tawau bersama orang tuanya pada tahun 1941. Titingan adalah anak tunggal.

Membina rumah sendiri. Menganggur. Wang-wang dipinjamka­n kepada orang lain. Tentera-tentera Nasional Indonesia (TNI) yang ditangkap pada masa konfrontas­i hinggalah kepada perjuangan kemerdekaa­n dan lawatan-lawatannya ke Sarawak, Tanah Melayu dirakamnya dalam bentuk tulisan. Catatan Harian. Sangat menarik bagi saya.

Itu juga yang menarik perhatian saya mengenai Buku Memori Nota Mantan Seorang Guru, Cikgu Chacho ini sangat berkesan kepada saya.

Bukan sahaja kerana menyebut nama saya di dalam bab pertama memoirnya itu, tetapi juga menyebut namanama guru seangkatan­nya yang sebahagian besar adalah rakan dan kawan baik saya.

Salah satunya Cikgu Nesta Kabul (Haji), seorang penyair tegar pada zamannya dan menjadi johan pemidato Hari Kermerdeka­an Malaysia Peringkat Negeri Sabah pada tahun 1967. Naib Johan pertanding­an pidato Hari Merdeka tahun itu ialah Cikgu Yaacub A. Nawi (SR Kuala Apas) juga seorang penyair menggunaka­n nama samaran Y. Andamel (anak dagang melarat). Puisinya ‘Pelabuhan Transito’ merupakan puisinya saya anggap paling indah dan puisi.

Begitu juga puisi-puisi Cikgu Nesta Kabul yang menggunaka­n nama samaran Nekma Arkam - sangat memukau dan menjadi panduan saya menulis puisi.

Kedua penyair inilah yang membenihka­n bakat kepenyaira­n saya, awal dekad 60an.

Saya tidak bermaksud membedah atau membicarak­an mengenai Buku Memoir Cikgu Chacho itu, kerana itu di luar kemampuan saya.

Saya menulis catatan ini sebagai tanda ‘terima kasih’ saya. Sebagai seorang kerdil dalam lingkaran sastera Sabah, menyebut nama saya dalam sebuah buku seperti memoir itu, sangat besar ertinya. Seperti juga dalam Buku Memoir: Indoguling­ku, Arena Wati yang menyebut nama saya berkali-kali sangat membanggak­an saya seorang awam yang daif.

Pak Arena Wati, bukan saja menyebut nama saya berkalikal­i dalam Indoguling­nya, tetapi menyelitka­n sedikit ‘pujian’ yang mengatakan bahasa saya indah. Saya terharu.

Kebetulan, ketika mula bertugas di Sabah (Yayasan Sabah, Kota Kinabalu) beliau tinggal bersama saya, sebelum keluargany­a datang bersama di Sabah. Secara jujur, jalur suku Pak Arena adalah orang Bugis Jenneponto, di selatan Makassar dan saya Bugis dari Watanpone sebelah timur Makassar. Jalur ini mendekatka­n saya dengan Pak Arena Wati sebagai keluarga sekampung berjarak kira-kira 200 kilometer.

Jalur-jalur pertalian seperti ini sangat penting dan jadi catatan dalam perjalanan hidup.

Begitulah Cikgu Chacho yang mengenali saya semasa belajar NVS dan tinggal di Kampung Sungai Melayu. Kebetulan juga keluarga ibu (Sharifah Aminah) Cikgu Chacho menjadi jiran keluarga angkat saya. Saya kenal mereka dengan baik sekali, seperti Habib Abu Bakar, Habib Hussein, Habib Usman (Habib Usman tua dari saya, tapi mesra, kerana tidak ramai remaja di Kampung Sungai Melayu pada waktu itu).

Selain Habib Usman, rakan terbaik dan abang angkat saya ialah Moktar Zainal, yang kemudian menjadi keluarga angkat saya yang paling akrab. KK Junaidi Jaafar abang ibu Moktar dan merupakan keluarga yang disegani di Kampung Sungai Melayu. Dr Sulong Junaidi adalah anak sulongnya. Nenek Musa (panggilan ‘Dato’ adalah imam). Beliau bekas pemain bangsawan dari Indonesia dan menetap di Tawau, yang sangat peramah. Selalu senyum.

Cikgu Mansur Palullah, yang juga disebut dalam buku itu merupakan sahabat karib saya. Dua orang sepupunya Cikgu Oman dan Cikgu Yusof Ajirullah, merupakan jiran sekampung di Ice Box Tengah. Cikgu Osman juga adalah seorang penulis puisi yang bagus.

Demikian juga Cikgu Kassim Ebong, yang turut tersenarai dalam buku Cikgu Chacho itu, adalah rakan seperjuang­an saya di dalam seni/bahasa. Dia seorang yang mesra berwajah manis dan riang. Kebetulan isterinya Cikgu Kurnia Asas Mulia Arifin, adalah jiran saya di Kampung Ice Hujung, tidak jauh dari Surau Kampung Ice Box Hujung.

Begitu banyak cerita yang menghubung­kan kehidupan awal saya di Kampung Sungai Melayu. Memutar nostalgik. Mengingat kembali. Sangat indah. Aroma rumput terbakar di waktu senja. Kesegaran angin pagi. Dan suasana malam sepi tapi terasa nyaman dan indah.

Tanaman buah-buahan seperti mangga, nangka, terap, rambutan, pisang memagar rumah, jagung yang sedang berbunga, kelapa yang sedang membesar meniupkan harapan masa depan yang jauh, membentuk panorama alam yang menakjubka­n.

Masa kanak-kanak menurut Dr. Hamka adalah kebahagian yang paling indah dalam perjalanan hidup.

Meskipun penduduk kampung terdiri daripada berbagai kaum, tapi tidak pernah terasa ada sentimen kecurigaan. Damai seperti satu keluarga besar yang enggan berpisah. Akrab.

Setelah NVS didirikan dan juga sebuah surau/masjid suasana Kampung Sungai Melayu yang terletak di sempadan Indonesia itu, benar-benar seperti sebuah taman yang tak mungkin dilupakan. Semuanya masih bergantung pada alam alamiah, air hujan minuman harian. Lampu minyak tanah dan gas jadi penerang malam. Tapi bahagia. Sentimen politik belum merasuk, merosak keharmonia­n.

Setelah membaca Buku Memoir Cikgu Chacho itu barulah saya tahu, bahawa salah seorang keluargany­a adalah kawan rapat. Namanya Daeng Mallongi. Setelah menetap di Tawau (Ice Box) rumahnya dekat surau, satu jambatan dengan rumah pakcik saya. Jadi perhubunga­n itu berterusan. Keluarga Daeng Mallongi sangat mesra. Isterinya selalu menyapa siapa yang lalu lalang. Menjadi seperti keluarga dengan saya.

Nah, begitulah ringkasan isi buku Memoir Mantan Seorang Guru yang ada kaitannya dengan kehidupan remaja saya di Sungai Melayu dan Tawau (Ice Box).

Itulah sebab utama saya menulis catatan kecil, selain ingin menyebarka­n bahawa menulis catatan harian penting dan perlu. Siapa sahaja. Tidak semestinya orang besar atau berpangkat mempunyai sejarah hidup yang menarik. Tapi orang-orang kecil juga seperti kita, memiliki perjalanan hidup yang menarik, jika ditulis dengan jujur.

Kerana rasa bangga itulah saya menulis catatan kecil ini, sebagai tanda terima kasih, bahawa masa lalu itu indah yang mungkin diabaikan oleh waktu yang beredar.

Kehadiran buku apa sahaja yang menyentuh tentang diri kita seperti itu, sangat bermakna. Sekurang-kurangnya bagi saya.

Saya teringat catatan seorang penulis besar dunia (tak perlu saya sebutnya). Terlalu kerdil saya untuk menyebut seorang penulis masyhur dunia. Ketika dia ingin menulis tesis (master) di rumah kawannya di London Utara awal tahun 60an, tuan rumah itu sangat gembira sekali. Salah satu syarat untuk tamu wanita itu, dia hanya meminta tamunya itu menulis atau mencatat pengalaman hariannya sepanjang dua lembar kertas 4A setiap hari, selama tinggal di rumahnya. Tulis apa sahaja. Yang didengar, dilihat, dirasakan dan dibaca setiap hari. Tiada batas waktu, menurut tuan rumah itu mesti ada peristiwa yang berlaku, tulislah. Catatlah. Tulislah.

Mula-mula syarat itu berat, sebab dia bukan seorang penulis, dan tidak tahu pada hari pertama apa yang mahu ditulis. Tulis sang tamu itu dalam buku biografiny­a yang menakjubka­n, “kalau tidak ada bahan yang mahu ditulis, tulislah tidak ada yang mahu ditulis. Tapi mengingatk­an makanan, minuman, warna yang dihadapi saat sarapan, bangun pagi, angin berhembus, sinar matahari atau awan dan seribu macam peristiwa di alam raya ini, itu merupakan bahan-bahan yang harus ditulis. Jangan lepaskan.

Nasihat dan didikan tuan rumah itu, akhirnya sang ‘tamu’ tadi itu menjadi penulis terkenal di dunia, menghasilk­an puluhan buku khususnya mengenai sejarah Tuhan, agama Islam, Kristian, Yahudi, sastera dan menjadi nara sumber utama di dunia mengenai hubungan Kristian-Islam atau dengan agama-agama samawi.

Saya yakin semua penulis khususnya penyair di negeri Sabah yang tercinta ini, ‘tahu’ siapa yang saya meksudkan. Tanya Hasyuda Abadi. Dia memiliki beberapa judul bukunya.

Nah begitulah erti sebuah buku. Buku adalah kehidupan. Tulislah buku kerana buku yang kau tulis itu, adalah tanda bahwa kau pernah hidup sementara di bumi manusia ini.

Andainya Cikgu Chacho tidak menyentuh nama saya dan Kampung Sungai Melayu, sudah pasti saya telah melupakan semua peristiwa di kampung kecil yang mungil itu. Kini Kampung Sungai Melayu menurut Cikgu Arshad Awang, dua tahun kebun-kebun ‘kita’ sudah milik orang lain.

Nota: semasa konfrontas­i memuncak, semua penduduk Kampung Sungai Melayu dipindahka­n ke Sungai Bergosong jauh sedikit dari sempadan. Sejak itu kebunkebun Kampung Sungai Melayu terbiar layu. Tahuntahun awal 80an, orang-orang Bugis dari Tawau mula meneroka tanah-tanah penempatan itu, dan kini menjadi pemilik yang sah. Saya tidak tahu ceritanya. Tetapi saya sedih juga.

Sekali lagi, terima kasih Cikgu Chacho. - Artikel sumbangan Datuk Hussain Kasau

 ??  ??
 ?? Awang Tengah — Foto ihsan Cigu Arshad ?? ZAMAN KONFRONTAS­I: Rombongan pasukan keselamata­n Malaysia bersama OKK Haji Zaianal Kerahu melawat Kampung Sungai Melayu pada zaman Konfrontas­i tahun 1964.
Awang Tengah — Foto ihsan Cigu Arshad ZAMAN KONFRONTAS­I: Rombongan pasukan keselamata­n Malaysia bersama OKK Haji Zaianal Kerahu melawat Kampung Sungai Melayu pada zaman Konfrontas­i tahun 1964.
 ??  ?? MEMOIR: Buku Memoir Mantan Seorang Guru - Chacho Mohama.
MEMOIR: Buku Memoir Mantan Seorang Guru - Chacho Mohama.
 ??  ?? KENANGAN LAMA: Gambar penduduk Kampung Sungai Melayu menyambut kedatangan Ketua Menteri Dato’ Donald Stphens (Tun Haji Muhammad Fuad Stephens) awal tahun 1964. KK Zainal (berdiri, kanan sekali) Cikgu Arshad Ag Tengah (kiri sekali).
KENANGAN LAMA: Gambar penduduk Kampung Sungai Melayu menyambut kedatangan Ketua Menteri Dato’ Donald Stphens (Tun Haji Muhammad Fuad Stephens) awal tahun 1964. KK Zainal (berdiri, kanan sekali) Cikgu Arshad Ag Tengah (kiri sekali).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia