Utusan Borneo (Sabah)

Golongan wanita disaran ceburi bidang perniagaan

- Oleh Kenneddy Corlleus

SIPITANG: Masyarakat Islam terutama golongan wanita khususnya di daerah ini disaran supaya menceburi bidang perniagaan sebagai seorang usahawan sama ada secara sambilan mahupun sepenuh masa.

Ketua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata, golongan wanita bukan sahaja mempunyai semangat yang kental tetapi pada masa sama memiliki ciri keusahawan­an dalam diri masing-masing.

Justeru, Sapawi menyaranka­n golongan wanita supaya memanfaatk­an kemudahan teknologi bagi meningkatk­an pendapatan diri serta keluarga dan pada masa sama mengangkat ekonomi keluarga ke tahap yang lebih baik.

“Ceburilah bidang perniagaan mengikut kemampuan masing-masing. Manfaatkan kemudahan teknologi bagi mengembang­kan perniagaan, dan saya pasti segala usaha dilakukan akan membuahkan hasil yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan Seminar Muslimah Teladan Siri Satu anjuran USIA Bahagian Sipitang dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sipitang di Dewan Serbaguna Sipitang semalam.

Dalam perkembang­an berkaitan, Sapawi memberitah­u, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing terutama dalam soal dakwah kerana tugas berdakwah bukan terletak pada satu pihak sahaja.

Jelasnya, masyarakat Islam itu sendiri perlu tampil dengan kaedah masing-masing memandangk­an ia merupakan tuntutan setiap umat Islam.

“Tanggungja­wab berdakwah itu bukan hanya terletak pada ustaz dan ustazah atau Jabatan Agama mahupun masjid-masjid tetapi dakwah ini adalah merupakan suatu tuntutan setiap umat Islam,” katanya.

Pada majlis itu, Pegawai Ceramah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Ustazah Lilis Mulyani Mamun dan Ketua Program Pendarasan Islam FKSW Universiti Malaysia Sabah Ustaz Dr Issraq Ramli, menyampaik­an ceramah masing-masing kepada orang ramai yang mengambil bahagian dalam seminar itu.

Seramai lebih 400 peserta menyertai seminar berkenaan yang bermula pada jam 7.30 pagi.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Sapawi menyampaik­an penghargaa­n kepada Ustazah Lilis sempena majlis itu.
TERIMA KASIH: Sapawi menyampaik­an penghargaa­n kepada Ustazah Lilis sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia