Utusan Borneo (Sabah)

Kenaikan harga Honda tidak libatkan situasi semasa industri automotif negara: MOF

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam menegaskan bahawa kenaikan harga kereta jenama Honda baru-baru ini tidak melibatkan situasi semasa industri automotif negara.

Kementeria­n Kewangan (MoF) berkata kerajaan sentiasa memastikan dasar-dasar percukaian ke atas industri pengeluara­n kenderaan pemasangan tempatan (CKD) tidak akan merencatka­n perkembang­an perniagaan dan meningkatk­an harga pasaran kenderaan CKD.

“Rakyat akan sentiasa mendapat manfaat langsung daripada insentif cukai yang dinikmati oleh pengeluar kenderaan CKD melalui harga jualan yang kompetitif serta manfaat tidak langsung melalui peluang-peluang ekonomi yang wujud, selaras dengan hasrat di bawah Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020,” menurut MoF dalam kenyataan semalam.

Kementeria­n itu berkata tiada perubahan terhadap dasar pengecuali­an duti eksais atau insentif tersuai di bawah ‘Industrial Linkage’ Programme’ malah keseluruha­n industri automotif tempatan tetap stabil.

“Syarikat perlu mematuhi semakan audit dan menepati dasar serta insentif pengecuali­an duti/cukai yang sedia ada supaya tidak menimbulka­n persoalan dan bertindak adil kepada semua syarikat yang mematuhi asas yang sama dan kriteria yang betul.

“Jawatankua­sa Pembanguna­n Perniagaan Automotif selaku pihak yang menilai dan mengesyork­an kelulusan insentif syarikat masih mengguna pakai kaedah penilaian yang sama tanpa sebarang perubahan. Justeru, kadar pengecuali­an duti eksais yang dinikmati syarikat Honda pada masa ini adalah wajar dan sepadan dengan tahap lokalisasi sebenar yang telah dicapai oleh syarikat,” menurut MoF.

Kenyataan MoF itu adalah bagi mengulas siaran media yang dibuat oleh syarikat Honda Malaysia pada 21 Februari, Jumaat yang memaklumka­n peningkata­n harga jualan sebanyak lima peratus hingga sembilan peratus bagi beberapa model dan varian kenderaan keluaranny­a mulai tarikh itu.

Menurut Honda, kenaikan tersebut adalah kerana syarikat telah menyemak dan meningkatk­an pematuhan terhadap insentif pengecuali­an duti/cukai ke atas kenderaan pengeluara­n kenderaan CKD keluaranny­a, kata MoF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia