Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak United IV kempunan raih tiga mata

Skuad muda Sarawak itu gagal capai kemenangan perlawanan pertama Piala Belia 2020

- Oleh Mohd Norhadie Sahari

MIRI: Sarawak United IV kempunan meraih tiga mata penting selepas tewas 2-1 ke pangkuan Negeri Sembilan dalam perlawanan pembuka tirai kempen Piala Belia 2020 di Stadium Miri petang semalam.

Skuad muda itu yang tampak garang pada babak pertama perlawanan berjaya menjaringk­an gol menerusi penyerangn­ya, Shane Thomas Baru pada minit ke-32.

Sarawak United IV beraksi di hadapan lebih 700 penonton menguasai babak pertama perlawanan serta melakukan serangan bertali arus ke kubu lawan.

Rangkaian pemain berpengala­man dan baharu musim ini membuahkan hasil apabila Shane tidak mempersia-siakan peluang merembat masuk gol sulung tuan rumah.

Ia bermula dengan perebutan bola di kawasan gawang kubu lawan menyaksika­n Shane berjaya menghidu peluang seterusnya menendang masuk gol tunggal.

Memasuki babak kedua perlawanan, Sarawak United IV cuba menggandak­an asakan ke kubu lawan untuk menambah gol.

Namun, setiap serangan skuad muda itu berjaya dipatahkan benteng pertahanan lawan dengan corak pasukan tuanrumahs­eolah-olahhambar dan lebih banyak bertahan.

Pasukan pelawat yang dapat membaca corak permainan Sarawak United IV berjaya menghukum pertahanan tuan rumah apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-84.

Gol itu dijaringka­n penyerangn­ya, Muhamad Zaidi Abdul Hamid apabila bijak membolosi pertahanan pasukan tuan rumah sebelum melakukan penyudah.

Kealpaan benteng tuan rumah dihukum sekali lagi dengan pemain gantian Negeri Sembilan,AmirulHaki­miRosli merembat kencang bola hasil lambungan rakan sepasukan dalam kotak penalti.

Gol kedua berselang hanya tiga minit itu seakan-akan mematahkan semangat tuan rumah untuk mencari gol penyamaan menyaksika­n keputusan 2-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan turut disaksikan oleh Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Sebastian Ting dan Pemangku Timbalan Residen Miri, Abdul Aziz Mohd Yusuf.

Sarawak United IV akan bertandang ke Stadium UPM Serdang untuk perlawanan menentang Kuala Lumpur pada 1 Mac ini seterusnya menentang UITM di Miri pada 4 Mac depan.

 ??  ?? TERGAMAM: Penjaga gol Negeri Sembilan, Mohamad Irfan Haikal tergamam bola memasuki gawang hasil jaringan Shane Thomas menyaksika­n Sarawak United IV tewas 2-1.
TERGAMAM: Penjaga gol Negeri Sembilan, Mohamad Irfan Haikal tergamam bola memasuki gawang hasil jaringan Shane Thomas menyaksika­n Sarawak United IV tewas 2-1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia