Utusan Borneo (Sabah)

Leipzig ‘mengamuk’ di Schalke, Haaland ledak gol ke-40

-

BERLIN: RB Leipzig kekal satu mata di belakang Bayern Munich dalam Bundesliga seleaps mencatatka­n kemenangan 5-0 ke atas Schalke pada Sabtu, manakala Erling Braut Haaland menjaringk­an golnya yang ke-40 pada musim ini dalam kemenangan 2-0 oleh Borussia Dortmund di Werder Bremen.

Leipzig kekal di tempat kedua dalam liga selepas kapten Marcel Sabitzer membuka jaringan tidak sampai seminit selepas permainan bermula di Gelsenkirc­hen dengan satu rembatan kencang.

Penyerang Jerman Timo Werner, pemain pertahanan Marcel Halstenber­g, pemain baharu Angelino dan pemain tengah Emil Forsberg menambah jaringan pada separuh masa kedua apabila Leipzig meneruskan kejayaan mereka selepas menang 1-0 dalam Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu di Tottenham dengan satu lagi persembaha­n yang meyakinkan di tempat lawan.

Leipzig duduk hanya di belakang Bayern yang menang tipis ke atas kelab tercorot Paderborn pada Jumaat apabila Robert Lewandowsk­i menjaringk­an dua gol dalam kemenangan 3-2.

Sabitzer memberikan gol pendahulua­n yang menakjubka­n kepada Leipzig dengan meledakkan rembatan jarak jauh melepasi penjaga gol Alexander Nuebel.

Sejam kemudian, Werner menjaringk­an golnya yang ke-21 dalam liga dengan merembat masuk bola ke sudut atas gawang melepasi Nuebel, yang akan menyertai Bayern bagi musim 2020/21.

Ia berubah menjadi pesta gol apabila Halstenber­g menanduk masuk gol ketiga Leipzig pada minit ke-68, kemudian Angelino, yang dipinjamka­n dari Manchester City, menewaskan dua orang pemain pertahanan untuk gol keempat mereka pada minit ke-81.

Pada hujung perlawanan, pemain sayap Leipzig Christophe­r Nkunku menghasilk­an bantuan keempatnya untuk melorongka­n bola kepada Forsberg, yang menggantik­an tempat Werner, untuk meledak bola ke dalam gawang.

Terdahulu Haaland, 19, menjaering­kan golnya yang ke-12 dalam lapan perlawanan bagi Dortmund di Bremen untuk mengekalka­n pasukan Lucien Favre di tempat ketiga dalam liga, empat mata di belakang Bayern.

Haaland, yang menjaringk­an dua gol dalam kemenangan pusingan pertama perimgkat 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Selasa lepas ke atas Paris Saint-Germain, turut menjaringk­an 28 gol untuk Salzburg sebelum dia menyertai Dortmund dengan harga 20 juta euro (RM100 juta) pada Disember lalu.

Dortmund mencatatka­n kemenangan selepas menunjukka­n sedikit keresahan pada awal perlawanan di Bremen di mana mereka mengalami kekalahan 3-2 dalam Piala Jerman pada awal bulan ini.

“Kami hampir tidak membiarkan mereka dan lebih menguasai perlawanan pada separuh masa kedua,” kata pemain tengah Dotmund, Emre Can.

“Kemudian Bremen menjadi letih dan kami menjaringk­an gol-gol kami pada masa yang betul.”

Pemain pertahanan tengah Dan-Axel Zagadou meletakkan pasukan pelawat di depan dengan merembat masuk bola dari tendangan sudut Jadon Sancho pada minit ke-52.

“Satu lagi gol butuk yang dibolosi daripada situasi bola mata. Ia sangat sengit bagi kami sekarang,” kata pemain tengah Bremen dari Belanda Davy Klaassen yang menyaksika­n pasukannya menduduki tempat kedua tercorot dalam liga. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GOL KE-40: Haaland ceria selepas menjaringk­an gol ketika membantu Dortmund menewaskan Bremen pada perlawanan Bundesliga Jerman di Dortmund, Jerman kelmarin.
— Gambar AFP GOL KE-40: Haaland ceria selepas menjaringk­an gol ketika membantu Dortmund menewaskan Bremen pada perlawanan Bundesliga Jerman di Dortmund, Jerman kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia