Utusan Borneo (Sabah)

The Blues kukuhkan kedudukan di tangga keempat liga

Jesus ledak gol minit akhir City ketika menewaskan Leicester 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power

-

Jesus ledak gol minit akhir City ketika menewaskan Leicester 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power

LONDON: Chelsea mengukuhka­n kedudukan mereka dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu dengan menewaskan musuh tetangga London, Tottenham, 21 manakala Manchester City mengatasi Leicester walaupun dikejutkan sekali lagi oleh kegagalan untuk menyempurn­akan tendangan penalti.

Sheffield United pasti menyesali kegagalan untuk menggunaka­n kesempatan memintas Tottenham dan menduduki tempat kelima selepas mereka seri di stadium sendiri dengan kelab bermasalah Brighton.

Kelebihan 19 mata Liverpool ke atas Manchester City di tempat kedua bermakna perebutan kejuaraan sudah berakhir, dan kebanyakan tumpuan beralih kepada persaingan untuk layak bermain dalam Liga Juara-Juara pada musim akan datang.

Chelsea bimbingan Frank Lampard dan menduduki tempat keempat memulakan perlawanan menentang Spurs bimbingan Jose Mourinho di Stamford Bridge tanpa sebarang kemenangan dalam empat perlawanan terakhir mereka dalam EPL dan hanya satu mata sahaja di depan Spurs.

Dua pemain pinggiran Olivier Giroud dan Marcos Alonso telah dikembalik­an semula oleh Lampard dan kedua-dua mereka membalas keyakinan pengurus mereka dengan menjaringk­an gol dalam kemenangan di tempat sendiri itu.

Keputusan itu bermakna Lampard sudah melengkapk­an kemenangan berganda dalam liga ke atas bekas pengurusny­a pada musim ini selepas mereka menang 2-0 di Stadium Tottenham Hotspur pada Disember lalu.

Tetapi perlawanan itu dibayangi kontrovers­i Video Penolong Pengadil (VAR), apabila pegawai memutuskan pemain tengah Tottenham Giovani Lo Celso tidak wajar dibuang dari padang bagi hentakan “pematah kaki” ke atas Cesar Azpilicuet­a.

Giroud, pemenang Piala Dunia, meletakkan Chelsea di hadapan pada minit ke-15 apabila dia bertindak paling cepat untuk menolak bola melepasi Hugo Lloris selepas cubaan Ross Barkley terkena tiang gol.

Chelsea menggandak­an kelebihan mereka tiga minit selepas babak kedua bermula, apabila Alonso menyumbat rembatan kali pertama selepas menerima umpanan dari Barkley.

Tendangan percuma Alonso terkena palang gol sebelum Antonio Rudiger tertolak rembatan Erik Lamela ke dalam jaringan sendiri pada minit ke-89 untuk memberi harapan lewat kepada Spurs.

Lampard mengkritik VAR selepas Lo Celso dibenarkan untuk terus bermain.

“Saya benci untuk menuntut kad merah tetapi itu adalah pematah kaki,” katanya.

“Semua orang tahu mereka membuat kesilapan. Saya hanya menunggu kad merah dilayangka­n.”

Memburukka­n lagi kehampaan Lampard, badan penyiaran televisyen BT Sport melaporkan bahawa pegawai VAR telah memberitah­u mereka bahawa Lo Celso sepatutnya dibuang dari padang.

Dalam kedudukan sekarang, tempat kelima pada akhir musim boleh menjamin bola sepak Liga Juara-Juara pada musim akan datang kerana Manchester City telah digantung daripada pertanding­an elit di Eropah selama dua tahun.

Cityberhar­aprayuanme­reka mengenai penggantun­gan itu akan didengar oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan sebelum permulaan musim akan datang.

Pemain gantian Gabriel Jesus menjaringk­an gol lewat untuk Spurs di Stadium King Power selepas Aguero menyaksika­n tendangan penaltinya pada babak kedua diselamatk­an oleh penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel.

City gagal untuk menjaringk­an gol dari setiap daripada empat tendangan penalti mereka sebelum ini, dan setiap tendangan penalti tersebut gagal disempurna­kan oleh pemain berlainan.

Tetapi mereka bangkit untuk menewaskan Leicester dan kemenangan 1-0 meletakkan mereka tujuh mata di depan pasukan lain, untuk menguku

“Saya benci untuk menuntut kad ” merah tetapi itu adalah pematah kaki. Frank Lampard Pengurus Chelsea

hkan kedudukan mereka di tempat kedua.

Jamie Vardy pasti kecewa melihat cubaannya terkena tiang pada awal perlawanan dan Leicester membuat dua tuntutan penalti yang ditolak dalam perlawanan yang menarik.

“Kami gagal menyempurn­akan empat tendangan penalti berturut-turut tetapi mungkin kami akan menjaringk­an tendangan penalti apabila kami memerlukan­nya untuk memenangi sesuatu,” kata jurulatih Man City Pep Guardiola kepada BBC.

“Penjaga gol juga bagus, tetapi kami akan menjaringk­an tendangan penalti akan datang.”

Sheffield United ada peluang untuk mendahului pencabar mereka bagi tempat dalam Liga Juara-Juara pada musim akan datang, kerana Manchester United, Wolves, Arsenal dan Everton hanya beraksi semalam.

Mereka menjaringk­an gol pendahulua­n di tempat sendiri dalam perlawanan menentang Brighton menerusi Enda Stevens tetapi Neal Maupay menyamakan kedudukan untuk kelab pantai selatan itu pada minit ke-30.

Keputusa seri 1-1 itu meletakkan Sheffield United di tempat keenam dengan 40 mata, terikat dengan Tottenham. Pengurus Sheffield Chris Wilder berkata dia bangga dengan usaha pasukannya dalam keadaan sukar.

“Permainan kami mempunyai sifat yang tidak putus asa, kami mengetuk pintu dan jika ia tidak terbuka, ia tidak terbuka, tetapi bukan kerana kami tidak berusaha dan bukan kerana kami tidak ada sikap yang luar biasa, sebab itulah hakikatnya sepanjang musim,” katanya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GOL!: Alonso menjaringk­an gol kedua Chelsea pada perlawanan Liga Perdana menentang Spurs di Stamford Bridge, London kelmarin.
— Gambar AFP GOL!: Alonso menjaringk­an gol kedua Chelsea pada perlawanan Liga Perdana menentang Spurs di Stamford Bridge, London kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia