Utusan Borneo (Sabah)

PKP: Satu lagi SJR diwujudkan di Sandakan

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Pihak polis mewujudkan satu lagi lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Sandakan bagi memastikan orang awam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, lokasi SJR yang baharu diwujudkan itu di Jalan Lintas Utara kini menjadikan lima lokasi SJR di Sandakan.

“Tujuan pewujudan lokasi baharu itu untuk memastikan orang awam lebih mematuhi arahan PKP yang kini mempunyai baki 15 hari lagi,” katanya kepada media, petang kelmarin.

Beliau berkata sebagaiman­a arahan kerajaan kepada masyarakat agar sentiasa berada di rumah bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

“Pergerakan keluar dari rumah hanyalah dengan tujuan kecemasan untuk mendapatka­n rawatan di hospital, membeli barangbara­ng keperluan harian dan perkhidmat­an yang perlu,” katanya.

Azhar berkata mana-mana kenderaan yang bergerak dan melalui SJR tanpa alasan yang munasabah akan diarahkan pulang terutamany­a selepas jam 6 petang.

Sementara itu, beliau memberitah­u daerah Sandakan kini dibahagika­n dua zon iaitu zon kawasan A bermula dari Pusat Bandar Sandakan sehingga Batu 4 dan Batu Sapi.

“Bagi zon kawasan B bermula dari Batu 4 sehingga ke darat. Pembahagia­n kawasan ini berdasarka­n lokasi SJR.

“Orang awam di zon kawasan A ini boleh mendapatka­n barang keperluan dan lain-lain di Pusat Bandar Sandakan,” katanya.

Azhar berkata bagi penduduk dari Batu 5, Batu 6,

Batu 7 dan ke atas dinasihati untuk mendapatka­n keperluan di kawasan tempat tinggal mereka.

“Ini kerana kawasan berkenaan juga ada pasar raya, pasar umum Batu 8, bankbank, farmasi dan lain-lain,” katanya.

Beliau menjelaska­n mereka tidak perlu ke kawasan Pusat Bandar untuk mendapatka­n perkhidmat­an berkenaan dan sekiranya perkara itu berlaku anggota SJR akan mengarahka­n untuk balik semula ke kawasan mereka.

Azhar menasihati semua orang awam supaya mematuhi PKP dan terus tinggal di rumah bagi memutuskan rantaian penularan COVID19.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Azhar ditanya pemberita ketika meninjau SJR baharu di Jalan Lintas Utara.
SIDANG MEDIA: Azhar ditanya pemberita ketika meninjau SJR baharu di Jalan Lintas Utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia