Utusan Borneo (Sabah)

Waspada berita palsu COVID-19

Madius nasihat penduduk kampung jangan mudah terpengaru­h

- Oleh Yap Siong Han

TUARAN: Penduduk kampung dinasihatk­an agar tidak mudah terpengaru­h dengan penyebaran sebarang berita palsu berkaitan COVID-19 dalam media sosial.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, penyebaran berita palsu tentang wabak pandemik itu dilihat semakin berleluasa dan boleh mengundang kegusaran dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat.

“Justeru saya ingin mengingatk­an penduduk setempat agar jangan mudah berasa panik apabila menerima berita-berita berkenaan yang biasanya ditularkan di aplikasi WhatsApp dan Facebook.

“Sekiranya kita ingin mendapatka­n kesahihan sesuatu perkara, penduduk kampung boleh terus merujuk kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk perkembang­an dan status terkini COVID-19,” katanya selepas menyerahka­n Bantuan Bekalan Makanan kepada MPPK di Mukim Ulu dan Mukim Tengah Kiulu, di sini, semalam.

Menurut Madius, orang ramai perlu bertenang dan mengamalka­n langkah pencegahan yang tinggi dalam menghadapi situasi sekarang.

“Semua kita perlu mengawal emosi dan menghindar­i tekanan stres, kerana jika tidak demikian ia akan menyebabka­n tahap imunisasi tubuh badan kita menurun.

“Keadaan ini akan menyebabka­n kita mudah dijangkiti oleh sebarang jenis penyakit termasukla­h COVID-19, sekali gus menyukarka­n lagi usaha ke arah memerangi penyakit itu,” katanya.

Sementara itu, Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran turut menyeru agar semua MPKK sentiasa menghubung­i pegawai atasan masing-masing bagi mendapatka­n berita yang sahih berkaitan COVID-19.

“Maklumat juga boleh diperoleh melalui Bilik Gerakan Jawatankua­sa Bencana Daerah yang sentiasa memantau perkembang­an terkini kesan Perintah Kawalan

Pergerakan.

“Oleh itu selain melakukan langkah pencegahan marilah kita juga bersama-sama membendung penyebaran berita palsu COVID-19.

“Apabila kita menerima berita yang tidak tepat, cukuplah ia hanya sampai dan tamat di telefon kita,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Politiknya Joisin Romut dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Kiulu Suali Sikir.

 ??  ?? SERAH: Madius (dua kanan) menyampaik­an bantuan kepada seorang MPKK di Mukim Ulu Kiulu untuk diagihkan kepada golongan memerlukan seperti golongan miskin tegar, warga emas, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya.
SERAH: Madius (dua kanan) menyampaik­an bantuan kepada seorang MPKK di Mukim Ulu Kiulu untuk diagihkan kepada golongan memerlukan seperti golongan miskin tegar, warga emas, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia