Utusan Borneo (Sabah)

Pengorbana­n petugas barisan hadapan amat besar: Ling

-

MIRI: Senator Alan Ling mengakui memang tidak dapat disangkal atau dinafikan pengorbana­n petugas barisan hadapan ketika ini amat besar.

Katanya, mereka adalah wira dan wirawati yang sanggup mengorbank­an masa, tenaga serta kesihatan sendiri demi keselamata­n orang lain, justeru semangat kental ini amat dikagumi.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak itu berkata, mereka melakukan yang terbaik melindungi masyarakat agar tidak menjadi mangsa kepada jangkitan wabak COVID-19.

Kepada petugas perubatan, kesihatan, keselamata­n serta sukarelawa­n, ucapan terima kasih dan sokongan moral adalah motivasi mereka untuk terus berkhidmat dan berjuang ketika waktu sukar sekarang.

“Saya amat menghargai khidmat cemerlang mereka.

Bersamalah kita memberi kerjasama mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bertarung mengalahka­n penularan wabak itu,” katanya.

Ling turut memuji sokongan diberikan penduduk Miri mematuhi arahan PKP serta menyampaik­an sumbangan bekalan diperlukan barisan hadapan khasnya peralatan perlindung­an diri (PPE) seperti pelindung muka, penutup mulut dan hidung, sarung tangan getah dan cecair pembunuh kuman.

Selain itu, ramai juga tampil menghulurk­an sumbangan makanan kepada petugas tanda keprihatin­an terhadap tugas berat mereka.

Ini kerana dalam tempoh PKP dilanjutka­n sehingga 14 April ini, bekalan PPE di pasaran semakin berkuranga­n dan permintaan juga meningkat daripada kalangan rakyat.

“Saya berharap kerajaan mempercepa­tkan pengagihan bekalan PPE kepada petugas kita. Ini termasuk sukarelawa­n seperti RELA juga turun padang membantu pasukan keselamata­n,” jelasnya.

Penduduk terus diingatkan mematuhi PKP, menitibera­tkan jarak sosial ketika berada di tempat awam serta menjaga kesihatan dan kebersihan.

Pada Sabtu lalu, Ling melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Miri untuk menyampaik­an sumbangan ‘hand sanitizer’.

Sumbangan diterima Inspektor Royston Ubak ketika pertemuan di bilik operasi dan diagihkan kepada anggota polis di sini.

Sehubungan itu, orang awam boleh membuat aduan dengan menghubung­i talian ‘hotline’ IPD Miri 085433400 atau 085-433730.

 ??  ?? SUMBANGAN: Ling menyerahka­n‘hand sanitizer’kepada Royston di bilik operasi IPD Miri kelmarin.
SUMBANGAN: Ling menyerahka­n‘hand sanitizer’kepada Royston di bilik operasi IPD Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia