Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Malaysia pulang dari luar negara akan dikuaranti­n

Sebaik tiba mereka akan dibawa terus ke pusat kuarantin, disaring

-

PUTRAJAYA: Semua rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di tempat khas yang ditetapkan oleh kerajaan berkuat kuasa 3 April.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebaik tiba di lapangan terbang, mereka akan dibawa terus menggunaka­n bas ke pusat kuarantin dan akan disaring oleh petugas Kementeria­n Kesihatan (KKM) untuk mengetahui status kesihatan.

“Jadi saya nasihatkan kaum keluarga tidak perlu ke lapangan terbang untuk menyambut ahli keluarga yang pulang dari luar negara kerana mereka akan terus dibawa ke pusat kuarantin,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Ismail Sabri berkata sewaktu berada di pusat kuarantin, mereka akan disaring oleh petugas KKM untuk melihat status kesihatan selain perlu mematuhi SOP (Prosedur Operasi Standard) yang ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara dan kementeria­n itu.

“Jadi saya nasihatkan kaum keluarga tidak perlu ke lapangan terbang untuk menyambut ahli keluarga yang pulang dari luar negara kerana mereka akan terus dibawa ke pusat kuarantin.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n)

Ismail Sabri berkata walaupun kerajaan menyedari ramai rakyat Malaysia di luar negara yang ingin pulang, namun kerajaan menasihati mereka untuk terus kekal berada di tempat mereka bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Kita menasihati rakyat kita yang tinggal di luar negara, seperti pelajar dan sebagainya, yang mempunyai tempat tinggal supaya kalau boleh tidak perlu pulang dan berada di negara masing-masing kerana mereka mempunyai rumah dan tempat tinggal.

“Banyak negara yang bertambah dari segi positif COVID-19, adalah akibat kepulangan rakyat mereka yang berada di luar negara, kalau kita lihat, misalnya, walapun Wuhan telah dapat mengawal COVID-19 daripada terus merebak tetapi dimaklumka­n dan difahamkan apabila rakyat mula pulang ke negara mereka berlaku semula positif COVID-19,” katanya.

Beliau berkata dalam masa dua hari ini, kerajaan akan memastikan keperluan seperti pengangkut­an dan sebagainya untuk mereka yang akan dikuaranti­n sejurus pulang dari luar negara akan siap disediakan.

“Dah ada sebuah kerajaan negeri bersetuju untuk menyediaka­n 100 bas percuma dan sebagainya dan kita sedang berunding dengan pihak berkaitan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Ismail Sabri bercakap pada sidang media di Bangunan Perdana Putra dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Ismail Sabri bercakap pada sidang media di Bangunan Perdana Putra dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia