Utusan Borneo (Sabah)

Sumbang peralatan perubatan dengan MDES untuk barisan hadapan Wisma Putra

-

KUALA LUMPUR: Wisma Putra memperkena­lkan inisiatif ‘Malaysia’s Diplomatic Equipment Stockpile’ (MDES) yang memberi peluang kepada semua pihak, untuk menyumbang peralatan perubatan bagi kegunaan ‘barisan hadapan’ COVID-19 di kementeria­n itu.

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata, inisiatif baharu itu adalah untuk membekalka­n warga kementeria­n itu terutamany­a pada mereka yang di lapangan, dengan sarung tangan, penutup hidung dan mulut, serta cecair pembasmi kuman.

“Sepanjang krisis COVID19, saya amat berterima kasih kepada beberapa pihak... pertama, sudah tentunya kepada para doktor, jururawat, kakitangan hospital, anggota polis dan tentera yang berjuang siang malam, demi menyelamat­kan nyawa serta memastikan keselamata­n kita semua.

“Kedua, saya juga sangat terhutang budi kepada warga Wisma Putra terutama Taskforce Covid-19, warga kementeria­n di Putrajaya, serta mereka yang bertugas di Perwakilan Malaysia di 106 buah negara... saya tahu, tugas mereka cukup mencabar, khususnya demi memastikan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara dibantu sebaiknya,” katanya di akaun Facebookny­a semalam.

Hishammudd­in berkata, lebih sukar apabila sebahagian mereka bertugas di negara yang lebih teruk terjejas akibat COVID -19 berbanding Malaysia, maka pastinya beliau tidak mahu mereka dijangkiti wabak tersebut ketika pergi ke merata tempat termasuk lapangan terbang serta pejabat kerajaan di sana, untuk berunding.

“Saya percaya, salah satu langkah pencegahan terbaik ialah, membekalka­n mereka dengan peralatan perubatan yang mencukupi... namun, saya tidak mahu menambah beban kerajaan atau mengambil peralatan perubatan daripada NADMA, untuk diberi kepada mereka kerana saya faham, barisan hadapan kita di hospital serta anggota P DR M dan ATM amat memerlukan­nya.

“Sebab itu adanya MDES, yang merupakan inisiatif kebajikan yang memberi peluang kepada semua pihak termasuk individu, syarikat korporat, NGO, parti politik serta kerajaan, untuk menyumbang peralatan perubatan bagi kegunaan barisan hadapan Covid -19 Wisma Putra ... bahasa mudahnya,

MDES ialah tabung peralatan perubatan yang berkonsep sukarela - siapa mahu, boleh menyumbang,” katanya.

Hishammudd­in berkata, sekiranya jumlah peralatan perubatan yang terkumpul menerusi MDES melebihi keperluan barisan hadapan Wisma Putra, ia akan diserahkan kepada NADMA, untuk diagihkan kepada pihak yang memerlukan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia