Utusan Borneo (Sabah)

SEDCO bantu usahawan, penyewa premis

Beri diskaun untuk bayaran sewa premis dan penangguha­n bayaran pinjaman

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Semua usahawan di bawah Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (SEDCO) turut menerima manfaat selaras dengan saranan di bawah pakej rangsangan ekonomi yang dilaksanak­an kerajaan negeri.

Pengurus Besar Kumpulan SEDCO Datuk Pengiran Saifuddin Pg Tahir berkata, para usahawan akan dikenakan diskaun untuk bayaran sewa premis serta penangguha­n bayaran pinjaman.

Menurutnya, langkah itu mula berkuat kuasa pada Mac lepas membabitka­n semua usahawan SEDCO di seluruh Sabah.

“Para usahawan SEDCO dan penyewa premis perniagaan SEDCO dan anak-anak syarikat SEDCO akan diberi diskaun bayaran sewa selama enam bulan.

“Bagi bayaran pinjaman, SEDCO turut mengambil langkah penangguha­n selama enam bulan kepada peminjam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaik­an sumbangan makanan daripada SEDCO kepada petugas media di sini semalam.

Saifuddin berkata, keputusan SEDCO itu juga secara keseluruha­nnya membawa implikasi kewangan kepada SEDCO dan anak-anak syarikat SEDCO lebih RM1 juta.

Menurutnya, premisprem­is perniagaan berkenaan membabitka­n semua premis di bawah SEDCO di negeri ini.

Dalam pada itu, pihaknya turut menyampaik­an sumbangan berupa makanan dan minuman kepada petugas media terutama mereka yang terlibat dengan tugasan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an.

“Sumbangan ini sebagai bantuan untuk meringanka­n keperluan pihak media yang bertugas di lapangan begitu juga di pejabat masing-masing.

“Kita sedar dalam tempoh PKP ini pergerakan agak terbatas dan inisiatif SEDCO ini diharap dapat membantu meringanka­n keperluan media,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an para media supaya terus menjaga kesihatan diri dan mengamalka­n kebersihan setiap masa semasa menjalanka­n tugas.

 ??  ?? MEDIA: Sebahagian petugas media yang terlibat dengan penyampaia­n sumbangan berkenaan.
MEDIA: Sebahagian petugas media yang terlibat dengan penyampaia­n sumbangan berkenaan.
 ??  ?? SUMBANGAN: Saifuddin (kanan) menyampaik­an sumbangan makanan kepada wakil media pada majlis itu.
SUMBANGAN: Saifuddin (kanan) menyampaik­an sumbangan makanan kepada wakil media pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia