Utusan Borneo (Sabah)

Apa ada di Kebun Sayur?

Catatan kunjungan ke Pasar Inpres Kebun Sayur Balikpapan

-

JAUH-JAUH datang dari Sabah, petang itu kami diajak ke Kebun Sayur. Jika berkunjung ke Balikpapan, salah satu tempat yang perlu dikunjungi ialah Kebun Sayur. Apa ada di kebun sayur? Yang menjelma di minda kami ialah aneka jenis sayur-sayuran yang mungkin tidak ada di Kota Kinabalu.

Jadi, selepas program ‘Business Matching’ yang mempertemu­kan DPBS dan FMM dengan Kamar Dagang dan Industri (KADIN) dan Himpunan Pengusaha Muda

Indonesia (HIPMI) yang dipengerus­ikan oleh Konsul Ekonomi KJRI Kota Kinabalu Pak Sartono Hendrarso, di Hotel Novotel pada 20 Feb, kami dibawa ke kebun sayur.

Rupa-rupanya kebun sayur yang dimaksudka­n itu ialah Pasar Inpres Kebun Sayur. Saya tertawa sendiri. Pasar Kebun Sayur terletak kirakira 30 minit dari pusat kota Balikpapan.

Lokasinya di pesisir pantai, kini sebuah kota lama yang tidak kurang menarik. Semua barangan kraf tangan Kalimantan boleh diperolehi di sini. Mungkin anda mencari batu akik, kecubung, safir, intan, kain tenunan samarinda, aksesori gelang, kalung, pedang mandau, gantungan kunci, tikar khas Kalimantan disebut lampit dan banyak lagi.

Saya juga melihat pelbagai jenis kraf tangan yang dibuat daripada rotan dan bambu. Mungkin yang paling menarik ialah aksesori pakaian suku Dayak dan boleh didapati dengan harga yang murah. Juga aksesori berasaskan permata, batu cincin seperti akik, kecubung, safir dan sebagainya yang berasal dari Martapura.

Patutlah, ramai yang bertanya di mana Kebun Sayur. Mereka yang bertanya itu kebanyakan­nya pelancong atau pengunjung yang baru datang ke Balikpapan. Pada tahun 50-an, Kebun Sayur dikatakan menjadi beranda kota Balikpapan. Warga pendatang dari pelbagai etnik mencuba nasib mereka di pasar ini sejak zaman penjajahan lagi.

Pasar Kebun Sayur memang terkenal sejak dahulu lagi. Walaupun pernah terbakar pada tahun 1974,1984,2003, 2008 dan 2015, pasar itu tetap menarik perhatian pengunjung dari semua golongan, dari kelas bawah hingga atas. Di sini, pengunjung boleh mendapatka­n pelbagai cenderamat­a dan ole-ole Kalimantan.

Selepas berkunjung ke beberapa gerai, saya memilih beberapa helai baju bertulis Balikpapan sebagai ole-ole. Walaupun ada keinginan untuk membeli cenderamat­a, tetapi rupiah di dompet agak menipis.

Tapi tidak rugi berkunjung ke Pasar Inpres Kebun Sayur ini yang terletak di Jalan Letjen Soeprapto. Sejak dirasmikan pada 1983 oleh Wali Kota Balikpapan waktu itu, Syarifudin Yoes, pasar yang terletak di Wilayah Barat Balikpapan itu terus menjadi tumpuan pelancong jika ingin berkunjung ke Balikpapan.

Menurut cerita orang Balikpapan yang saya temui, Pasar Inpres Kebun Sayur itu dahulunya kebun kangkung. Pada tahun 1981, Presiden Soeharto mengeluark­an Instruksi Presiden (Inpres) agar sebuah pasar dibina di wilayah Kebun Sayur itu untuk memberi kemudahan kepada peniaga dari Pasar Pandansari serta bekas pedagang Blauran Kebun Sayur yang terbakar tahun 1978.

Itulah sebabnya, pasar ini dinamakan Pasar Inpres Kebun Sayur hingga kini. Namun peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah pertemuan dengan Komandan Distrik Militer (Dandim) 0905 Kota Balikpapan, Letkol Arm I Gusti Agung Putu Sujarnawa yang kebetulan berkunjung ke Kebun Sayur.

Selepas memperkena­lkan diri kami, beliau rasa gembira dan mengalu-alukan kehadiran kami di Balikpapan. Kami sangat teruja dengan pertemuan yang tidak disangka-sangka itu.

Sebelum itu, kami sempat ke Kelurahan Damai, Kecamatan Balikpapan Selatan, Rumah No 4, Rt48, Jalan Blok E2 untuk berjumpa Pak Didin Hamid. Pak Didin adalah pemegang jenama Deli Koffie atau Delkof, pemilik warung Nusantara.

Di premisnya, Pak Didin memperliha­tkan pelbagai jenis kopi yang diproses di tempatnya, dan bagaimana ia diproses. Beliau memiliki sijil halal yang dikeluarka­n oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) untuk jenama kopi miliknya.

Katanya, beliau adalah orang pertama di Balikpapan yang memiliki sijil halal bagi kopi hasil produknya.

Kami sempat menghirup secangkir kopi yang disediakan, sungguh enak rasa kopinya, sebelum kami bergegas untuk destinasi berikutnya. Jalan-jalan ke Balikpapan, jangan lupa membeli baju, saya teringat pembayang sebuah pantun, tapi tak ingat dua rangkap berikutnya. Tetapi antara yang saya cari ketika ke Pasar Inpres Kebun Sayur ialah baju atau apa saja yang bertulis Balikpapan.

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Delegasi peniaga dari Sabah bergambar di depan Pasar Inpres Kebun Sayur.
KENANGAN: Delegasi peniaga dari Sabah bergambar di depan Pasar Inpres Kebun Sayur.
 ??  ?? TIDAK DAPAT DILUPAKAN: Antara delegasi dari Sabah yang sempat bergambar dengan Komandan Balikpapan.
TIDAK DAPAT DILUPAKAN: Antara delegasi dari Sabah yang sempat bergambar dengan Komandan Balikpapan.
 ??  ?? DI DEPAN GERAI: Haji Mohammad Ampuan Buntar bergambar di hadapan salah sebuah gerai di Kebun Sayur.
DI DEPAN GERAI: Haji Mohammad Ampuan Buntar bergambar di hadapan salah sebuah gerai di Kebun Sayur.
 ??  ?? SEKADAR GAMBAR: Azahari Osman bergambar bersama staf yang mengiringi kami.
SEKADAR GAMBAR: Azahari Osman bergambar bersama staf yang mengiringi kami.
 ??  ?? KEISTIMEWA­AN KOPI: Pak Didin menerangka­n mengenai kopi sambil diperhatik­an oleh Pak Sartono.
KEISTIMEWA­AN KOPI: Pak Didin menerangka­n mengenai kopi sambil diperhatik­an oleh Pak Sartono.
 ??  ?? SEMPAT BERGAMBAR: Antara delegasi dari Sabah yang sempat bergambar selepas mengunjung­i Delkof.
SEMPAT BERGAMBAR: Antara delegasi dari Sabah yang sempat bergambar selepas mengunjung­i Delkof.
 ??  ?? RASA KOPINYA MENARI: Salah seorang delegasi dari Sabah memperliha­tkan kopi.
RASA KOPINYA MENARI: Salah seorang delegasi dari Sabah memperliha­tkan kopi.
 ??  ?? CARI APA SAJA: Semua hasil kraf tangan Kalimantan di Kebun Sayur.
CARI APA SAJA: Semua hasil kraf tangan Kalimantan di Kebun Sayur.
 ??  ?? ANEKA KOPI: Pelbagai jenis kopi yang dijual di premis Pak Didin.
ANEKA KOPI: Pelbagai jenis kopi yang dijual di premis Pak Didin.
 ??  ?? ANEKA BARANGAN: RM Mohammed tertarik dengan pelbagai barangan yang dijual.
ANEKA BARANGAN: RM Mohammed tertarik dengan pelbagai barangan yang dijual.
 ??  ?? MENARIK: Pelbagai aksesori etnik Dayak di Kebun Sayur.
MENARIK: Pelbagai aksesori etnik Dayak di Kebun Sayur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia