Utusan Borneo (Sabah)

Anggota bertugas SJR sedia ruangan solat

Inisiatif polis sentiasa utamakan kebajikan anggota

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Anggota keselamata­n yang bertugas di lima lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) daerah Sandakan boleh menunaikan tanggungja­wab kepada agama dengan adanya penyediaan ruangan solat serta mengambil wuduk.

Inisiatif dibuat oleh Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin itu bagi membolehka­n anggota bertugas di barisan hadapan yang menangani penularan wabak COVID-19 di SJR dapat menunaikan solat dengan selesa.

Azhar ketika ditemui memberitah­u pihaknya tidak memandang remeh dengan soal kebajikan anggota yang bertugas di lima lokasi SJR di daerah ini.

“Mereka bertugas dalam tempoh 24 jam di lokasi SJR, ini akan menimbulka­n masalah kebajikan termasuk makan dan minum para anggota keselamata­n yang bertugas di situ,” katanya ketika ditemui pemberita, kelmarin.

Beliau berkata begitu juga soal tanggungja­wab kepada agama di mana bukan sahaja mereka ini menunaikan tanggungja­wab kepada negara tetapi juga amat menitikber­atkan soal tanggungja­wab agama.

Azhar berkata penyediaan khemah untuk ruangan beribadah dan mengambil wuduk disediakan oleh pihaknya dalam memastikan tanggungja­wab kepada agama itu tidak diabaikan.

Penyediaan air bersih bukan sahaja untuk berwuduk tetapi anggota bertugas juga boleh membersihk­an diri mereka dengan mencuci tangan menggunaka­n air atau pencuci tangan (hand sanitizer) yang disediakan sebagai langkah pencegahan dijangkiti COVID-19.

Beliau juga mengingatk­an para anggota bertugas agar sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa menggunaka­n penutup mulut dan hidung (mask), sarung tangan dan alat pelindung muka ketika menjalanka­n tugas sebagai langkah pencegahan.

 ??  ?? SOLAT: Anggota keselamata­n menunaikan solat di ruangan khemah disediakan.
SOLAT: Anggota keselamata­n menunaikan solat di ruangan khemah disediakan.
 ??  ?? MOHD AZHAR
MOHD AZHAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia