Utusan Borneo (Sabah)

Covid-19: Operasi disinfeksi besar-besaran dilaksanak­an pertengaha­n April

-

KOTA KINABALU: Operasi disinfeksi secara besarbesar­an di sekitar kawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi memerangi wabak COVID19 dijadual dilaksanak­an pada pertengaha­n April ini, kata Pengarah Jabatan Landskap DBKK Robert Lipon.

Robert bagaimanap­un berkata sejak 18 Mac lalu DBKK telah melaksanak­an operasi disinfeksi secara terfokus di lebih 50 lokasi termasuk Pasar Besar dan Pasar Ikan Kota Kinabalu, Pasar Tanjung Aru, Pasar Sembulan, Pasar Manggatal, Pasar Inanam, pasar terbuka, bangunan DBKK serta kawasan kes positif yang dikesan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

“Pada masa depan, kami merancang untuk melaksanak­an operasi penyahjang­kitan secara besar-besaran terutamany­a di jalan-jalan utama dengan bantuan agensi seperti bomba kerana kami perlukan trak bomba untuk buat disinfeksi di kawasan besar.

“Buat masa ini, antara kekurangan dihadapi yang mungkin perlu bantuan daripada pihak awam dan swasta berkemampu­an ialah bekalan bahan kimia untuk buat disinfeksi besar-besaran... kami amat mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang sudi membantu membekalka­n bahan itu dan peralatan perlindung­an peribadi (PPE),” katanya kepada Bernama.

Robert yang juga Ketua Pasukan Disinfeksi COVID19 DBKK berkata butirbutir lengkap mengenai pelaksanaa­n operasi disinfeksi besar-besaran itu termasuk berkaitan kos operasi sedang dibincangk­an dengan pihak yang berkenaan.

Mengenai operasi disinfeksi yang dilaksanak­an setakat ini, Robert berkata operasi itu dianggotai 55 anggota melibatkan kos kira-kira RM50,000.

Katanya anggota DBKK yang menjalanka­n operasi penyahjang­kitan di kawasan yang ada kes positif COVID-19 akan dibekalkan dengan peralatan PPE serta mematuhi prosedur operasi standard demi keselamata­n dan kesihatan mereka.

“DBKK berharap penduduk mematuhi peraturan ditetapkan di semua pasar awam seperti masa operasi, cara pembayaran dan kawalan masuk ke pasar supaya mereka boleh terus mengamalka­n jarakan sosial sebagai langkah membendung penularan jangkitan wabak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia