Utusan Borneo (Sabah)

KRI Tawau minta rakyat Indonesia hentikan masuk Tawau secara haram

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau meminta warga Indonesia tidak cuba memasuki perairan Malaysia secara haram selepas Kerajaan Negeri Sabah menutup semua laluan keluar dan masuk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi surat dihantar ke Bupati Nunukan, bertarikh 29 Mac 2020, pihak KRI di Tawau Sulistijo Djati Ismojo memberitah­u masih terdapat pergerakan masuk kapal jongkong, produk dan orang dari wilayah berkenaan ke Malaysia.

“Hasil maklumat diper- olehi, hasil laut dari Indo- nesia termasuk ikan dan ketam masih dibawa masuk ke Tawau secara haram.

“Mereka menggunaka­n modus operandi memunggah muatan itu dari kapal jongkong Indonesia ke kapal milik Malaysia di sempadan perairan Sungai Melayu dan Wallace Bay sebelum dihantar ke pasar ikan di Tawau,” katanya.

Menurut Sulistijo, pihaknya memahami keperluan masyarakat Indonesia menjual hasil laut ke Tawau apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang buruk akibat wabak COVID-19.

“Namun, rakyat Indonesia juga perlu memahami tindakan kerajaan Malaysia mengawal ketat pergerakan di perairan Tawau adalah bertujuan mengekang penularan COVID-19 yang banyak dilaporkan berlaku di daerah ini.

“Oleh itu, kami berharap warga Indonesia tidak lagi menghantar hasil laut mereka ke Tawau kerana tindakan itu salah dan boleh dikenakan hukuman oleh kerajaan Malaysia kerana ingkar arahan PKP,” katanya.

Dalam masa sama, warganegar­a Indonesia yang berada di Sabah ketika ini juga diminta mematuhi PKP bagi mengurangk­an kontak secara langsung yang menyebabka­n penyebaran COVID-19.

Sementara itu, menurut sumber, ketika ini pihak berkuasa Indonesia sedang giat melakukan rondaan ketat di sempadan perairan Pulau Sebatik yang menjadi laluan utama aktiviti penyeludup­an ke Tawau.

Media dari seberang semalam melaporkan, pihak berkuasa Indonesia menahan dua bot sarat membawa ketam dalam perjalanan dari Tarakan menuju ke

Sungai Nyamuk, Pulau Sebatik, dipercayai untuk dibawa masuk ke Tawau.

“Walaupun terdapat surat kebenaran menghantar ketam berkenaan ke Tawau, namun pihak berkuasa di sana telah menutup semua pintu masuk sempena pelaksanaa­n PKP,” katanya.

 ??  ?? KAWAL: Pihak berkuasa Indonesia memeriksa bot yang dipercayai membawa ketam untuk pasaran di Tawau.
KAWAL: Pihak berkuasa Indonesia memeriksa bot yang dipercayai membawa ketam untuk pasaran di Tawau.
 ??  ?? RAMPAS: Pihak berkuasa Indonesia merampas bot sarat dengan muatan ketam.
RAMPAS: Pihak berkuasa Indonesia merampas bot sarat dengan muatan ketam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia