Utusan Borneo (Sabah)

Memburu ketika PKP, lelaki ditahan bersama bakakuk

- Oleh Vivi Olviana Najurus

BEAUFORT: Bukan setakat ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perbuatan lelaki yang memburu menggunaka­n senapang patah buatan sendiri (bakakuk) itu menyebabka­n beliau bakal berhadapan hukuman penjara selepas ditahan di kawasan tanah perkuburan Kampung Madang Pimping Membakut di sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­dan Azmir Abd Razak berkata, kejadian jam 11.30 malam itu berlaku apabila sepasukan polis mengesan suspek dalam keadaan mencurigak­an di dalam kereta pacuan empat roda semasa menjalanka­n rondaan PKP.

“Semasa diperiksa polis menemukan dua butir peluru berwarna putih jenis 12 bore di dalam poket hadapan sebelah kanan suspek.

“Pemeriksaa­n lanjut di dalam kenderaan suspek turut menemukan karung berwarna putih di bahagian belakang tempat duduk pemandu hadapan yang mengandung­i satu laras bakakuk bertali gelap,” katanya.

Beliau berkata suspek dan beberapa barangan rampasan termasuk bakakuk, parang, anak kunci serta kenderaan suspek dibawa ke IPD Beaufort untuk tindakan selanjutny­a.

“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek keluar dari rumahnya di Kampung Madang Pimping kira-kira jam 4 petang untuk ke kawasan hutan berhampira­n bagi memburu haiwan liar semasa penguatkua­saan PKP.

“Suspek yang memburu seorang diri itu membawa senjata buatan sendiri dan semasa dalam perjalanan pulang suspek ditahan sepasukan polis untuk pemeriksaa­n,” katanya.

Menurutnya suspek ditahan selepas ingkar dengan PKP selain memiliki senjata buatan sendiri dan suspek akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

 ??  ?? PERIKSA: Polis menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap suspek di Kampung Madang Pimping Membakut di Beaufort.
PERIKSA: Polis menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap suspek di Kampung Madang Pimping Membakut di Beaufort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia