Utusan Borneo (Sabah)

Kadar jenayah di perairan pantai timur Sabah menurun sejak PKP dilaksanak­an

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Kadar jenayah di perairan pantai timur Sabah menurun sejak berkuat kuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Noor Alam Khan A. Wahid Khan berkata, kadar jenayah kini telah menurun di perairan timur Sabah ekoran PKP dimulakan.

“Kita lihat agak terkawal sama ada di perairan serta daratan kini amat ketat. Pemantauan yang kita lakukan, kadar jenayah menurun dan tidak berlaku jenayah berat buat masa ini,” katanya.

Noor Alam berkata ESSCom masih lagi melaksanak­an tugas harian seperti biasa walaupun turut sama melaksanak­an penguatkua­saan tugasan PKP di perairan.

Beliau berkata pihaknya juga sentiasa siap siaga untuk tugasan rutin dalam memastikan tiada individu yang mengambil peluang ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas program ESSCom menyampaik­an sumbangan bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan COVID-19 di Sekatan Jalan Raya (SJR) Batu 16, di sini semalam.

ESSCom turut menyampaik­an sumbangan bubur lambuk kepada doktor dan jururawat yang bertugas di fasiliti kesihatan dan pasukan keselamata­n yang bertugas di sekatan-sekatan jalan raya di Sandakan.

Turut hadir, Ketua Staf Operasi Laut Laksamana Hamid Mohd Amin, Ketua Staf Pusat Operasi Brig. Jen

Hamzah Ali, Ketua Staf Operasi Udara Brig. Jen Ayub Khan Mohd. Khan dan Ketua Staf Pasukan Khas SAC Mohd Ali Tamby.

Mengenai program semalam, beliau berkata penyerahan bubur lambuk ini adalah usaha ESSCom kepada petugas-petugas barisan hadapan COVID-19 sebagai rasa simpati ESSCom kepada mereka yang terlibat dengan risiko besar.

“Kami di ESSCom yang turut sama dalam penugasan ini akan sentiasa bekerjasam­a untuk memastikan PKP dan kawalan keselamata­n dipatuhi rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata penyediaan bubur lambuk ini dilakukan atas kerjasama pejabat Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran.

 ??  ?? LAKSANAKAN TUGAS: Hamid menyampaik­an sumbangan ESSCom kepada anggota keselamata­n yang bertugas di SJR Batu 16 Sandakan sambil diperhatik­an oleh Noor Alam.
LAKSANAKAN TUGAS: Hamid menyampaik­an sumbangan ESSCom kepada anggota keselamata­n yang bertugas di SJR Batu 16 Sandakan sambil diperhatik­an oleh Noor Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia