Utusan Borneo (Sabah)

Maritim, PPM bersama laksanakan Ops InterAgens­i sempena PKP

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Maritim Malaysia Zon Semporna bersama Pasukan Polis Marin (PPM) mengadakan Operasi Inter-Agensi dalam melaksanak­an pengawasan dan pemantauan terhadap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya di perairan ini.

Tugas ini sudah bermula semenjak 25 Mac lalu seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga berakhirny­a PKP fasa kedua pada 14 April depan.

Pengarah Zon Maritim Semporna Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, operasi ini melibatkan dua aset bot peronda Maritim Malaysia dan dua bot peronda PPM yang memantau di sekitar perairan Alur Tando Bulong, di sini.

“Sepanjang operasi, semua yang ditemui merupakan penduduk setempat dari Pulau Bum-Bum yang keluar membeli keperluan harian di pekan Semporna,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Beliau berkata, anggota kita telah menasihatk­an supaya mereka sentiasa mematuhi arahan PKP dan menggunaka­n keperluan pelindung diri termasuk topeng muka, menjaga kebersihan dan menjauhi jarak sekurang-kurangnya 1 meter.

“Kita juga tidak menemui sebarang aktiviti pelanconga­n dan riadah di perairan terbabit sepanjang operasi dilaksanak­an,” katanya.

Menurutnya, tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa untuk memastikan arahan PKP dipatuhi supaya ianya berjalan seperti yang dihasratka­n oleh pihak kerajaan dalam menangani penyebaran wabak COVID-19.

“Kita akan sentiasa meneruskan operasi ini dari semasa ke semasa supaya dapat memberikan kesedaran maksimum seterusnya kesan positif kepada komuniti Maritim khasnya,” katanya.

 ??  ?? PANTAU: Pihak berkuasa menjalanka­n Ops Inter-Agensi di perairan selama PKP dilaksanak­an.
PANTAU: Pihak berkuasa menjalanka­n Ops Inter-Agensi di perairan selama PKP dilaksanak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia