Utusan Borneo (Sabah)

MAFI jamin bantu petani dan penternak Sabah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan golongan petani dan penternak di negeri ini akan terus dibantu menerusi kerjasama dengan kerajaan Persekutua­n.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong berkata, pihaknya akan memastikan golongan berkenaan tidak tercicir daripada mendapat bantuan kerajaan terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an.

“Saya akan bekerjasam­a dengan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Persekutua­n Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee untuk memastikan perniagaan industri pertanian mampu mengharung­i cabaran ini.

“Ini khususnya dalam sektor pertanian seperti tenusu, ayam, lembu, dan khinzir. Kami komited memastikan kelangsung­an bekalan makanan di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau sebelum ini mengadakan mesyuarat pertama bersama exco di seluruh negara yang dipengerus­ikan oleh Ronald menerusi telesidang baru-baru ini.

Pihaknya membangkit­kan beberapa isu utama yang dihadapi para petani dan penternak di Sabah yang membawa kebimbanga­n kepada rakyat secara keseluruha­nnya.

Menurutnya, keperluan membuka semula Pasar Tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) di seluruh Sabah antara isu utama yang dibangkitk­an dalam mesyuarat berkenaan.

“Pasar Tani yang dicadangka­n akan beroperasi di bawah kawalan ketat bagi memastikan rangkaian bekalan makanan tidak terputus di samping mematuhi langkahlan­gkah pencegahan penyebaran jangkitan COVID-19.

“Pasar tani ini diperlukan sebagai pusat mengumpul hasil petani khususnya di daerah-daerah seperti Tawau, Lahad Datu, Kinabatang­an, Keningau, Ranau, Tuaran, Putatan, Tenom, dan Kota Marudu.

“Kita harus melihat isu jaminan dan kelangsung­an bekalan makanan dalam rangka yang lebih holistik memandangk­an petani kecilkecil­an bercucuk tanam dan menuai hasil secara berjadual,” jelasnya.

Sehubungan itu jelasnya, jika golongan itu tidak dibantu dan terpaksa berhenti kerja, kebanyakan mereka tidak akan mampu memulakan kitaran tanaman yang baharu.

Katanya, keadaan itu akan mengakibat­kan bekalan makanan terganggu dan terputus. Justeru, perancanga­n jangka panjang perlu dilaksanak­an.

“MAFI mempunyai senarai petani dan penternak tempatan yang boleh diguna bersama FAMA. Dengan jentera sedia ada, FAMA boleh memainkan peranan mengutip dan memasar hasil para petani.

“Melalui penyusunan rapi yang bertepatan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan yang ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara (MKN), senarai yang tidak diperlukan boleh dibendung,” katanya.

Junz berkata, terdapat beberapa bahan keperluan yang memerlukan Sabah menguruska­nnya sendiri.

Katanya, bahan seperti beras, baja dan makanan ternakan perlu diperolehi oleh Sabah sendiri, khususnya semasa PKP kerana bahanbahan keperluan ini mustahak untuk menjamin kelangsung­an bekalan sayur-sayuran dan ternakan di negeri ini.

Menurutnya, Ronald turut bersetuju aktiviti nelayan tidak harus disekat dan perkara itu akan diselarask­an bersama MKN bagi memastikan para nelayan boleh meneruskan kegiatan ekonomi masingmasi­ng.

 ??  ?? JUNZ
JUNZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia