Utusan Borneo (Sabah)

UMNO Sabah gesa institusi kewangan kerajaan Sabah beri penangguha­n bayaran pinjaman

-

KOTA KINABALU: UMNO Negeri Sabah menyeru institusi kewangan milik Kerajaan Negeri agar turut memberi penangguha­n bayaran ansuran bulanan pinjaman (moratorium) kepada semua pelanggann­ya.

Pengarah Komunikasi UMNO Sabah Ghazalie Ansing berkata, sebagai contoh Perbadanan Pinjaman Sabah (Sabah Credit Corporatio­n), Yayasan Usaha Maju (YUM) dan beberapa lagi agensi lain wajar memberi moratorium enam bulan seperti yang dilakukan oleh bank-bank komersial yang lain.

Katanya, ini adalah bagi memudahkan peminjam mereka menstruktu­r semula kewangan berikutan pandemik COVID-19.

“Rakyat amnya dan para peniaga serta peminjam khasnya sangat terjejas dan terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, institusi kewangan utama di Malaysia telah pun memberikan tempoh penangguha­n bayaran balik pinjaman/ pembiayaan untuk individu, Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan syarikat korporat.

“Pakej penangguha­n selama enam bulan ini wajar dinikmati oleh peminjam dan pelanggan Sabah Credit, YUM dan institusi kewangan negeri yang lain.

“Institusi dan agensi kewangan negeri sepatutnya prihatin dengan nasib dan beban yang ditanggung oleh pelanggan mereka yang hilang mata pencarian kerana tidak dapat keluar bekerja atau berniaga dalam tempoh kritikal ini,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau berkata, saranan untuk menangguhk­an pembayaran balik pinjaman oleh agensi kewangan negeri Sabah amat diharapkan oleh semua peminjam yang terlibat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentang­kan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020 berkata, kerajaan amat berterima kasih kepada Bank Negara Malaysia dan industri perbankan yang menawarkan kelonggara­n moratorium itu

 ??  ?? GHAZALIE
GHAZALIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia