Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan makanan diagihkan di Kemabong

- Oleh Kenneddy Corlleus

KEMABONG: Sebanyak 6,757 daripada 7,000 orang Ketua Isi Rumah (KIR) yang didaftarka­n di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong menerima bantuan keperluan makanan masing-masing yang terjejas dengan wabak virus COVID19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, sumbangan itu telah diserahkan kepada pengerusi Majlis Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan masing-masing selain diserahkan beliau sendiri kepada para penerima.

“Selama lima hari usaha kita lakukan bagi menghantar bantuan ini, bagaimanap­un bagi mereka yang terlepas pandangan, kita masih menyimpan baki bantuan bakul makanan sebanyak 700 bakul di Pusat Khidmat ADUN Kemabong.

“Bagi mereka yang belum memperoleh­inya boleh berhubung dengan pengerusi MPKK masing-masing untuk mendapatka­nnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hari kelima agihan sumbangan itu di sini kelmarin.

Ketika diajukan soalan tentang komen netizen yang tular di media sosial tentang sumbangan berkenaan yang tidak seimbang dengan jumlah peruntukan RM100 untuk satu (KIR) Jamawi berkata, kerajaan hanya memperuntu­kkan peruntukan berjumlah RM100,000 untuk diagihkan kepada 1,000 orang (KIR) terutamany­a ibu tunggal, warga emas dan OKU sebagai penerima, yang mana ia tidak mencukupi untuk diagihkan kepada (KIR) khususnya di DUN Kemabong yang berjumlah 7,000 orang yang semuanya terkesan dengan virus COVID-19.

“Kita mengambil insiatif menambah peruntukan itu melalui sumber lain termasukla­h menggunaka­n peruntukan sentuhan kasih yang diperuntuk­kan kepada setiap ADUN bagi menambah peruntukan dan menyelaras­kan bantuan untuk membolehka­n semua (KIR) yang terkesan dengan COVID-19 memperoleh­i bantuan walaupun kadarnya tidak seberapa namun sekurang-kurangnya dapat meringanka­n beban rakyat,” katanya.

Jamawi ketika ditemui turut berterima kasih kepada Menteri Pembanguna­n Insfrastru­ktur yang juga ADUN Melalap Datuk Peter Anthony yang menyumbang 1,000 bungkusan makanan untuk diagih-agihkan di kawasan Kemabong.

Dalam pada itu Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan mengingatk­an agar rakyat khususnya di Kemabong agar jangan terpengaru­h dengan pelbagai provokasi yang tular di media sosial mengenai isu bantuan terbabit.

Jelasnya, daripada bercakap mengenai isu terbabit lebih baik rakyat berterima kasih kepada kerajaan yang cakna dan sedia memberikan bantuan kepada rakyat.

“Apa yang penting kita perlu bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan yang diberikan dan sebaiknya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan agar virus COVID-19 dapat diputuskan dan rakyat kembali hidup dalam suasana yang aman dan sihat bagi meneruskan aktiviti seharian,” katanya.

 ??  ?? BANTUAN: Junz (dua kiri) turut sama turun padang memantau pengagihan bantuan makanan tambahan yang disediakan untuk penduduk Pulau Gaya.
BANTUAN: Junz (dua kiri) turut sama turun padang memantau pengagihan bantuan makanan tambahan yang disediakan untuk penduduk Pulau Gaya.
 ??  ?? TAMBAHAN: Bantuan makanan tambahan untuk penduduk di Sembulan.
TAMBAHAN: Bantuan makanan tambahan untuk penduduk di Sembulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia