Utusan Borneo (Sabah)

PESAN gesa kerajaan libat NGO agih bantuan COVID-19 dari rumah ke rumah

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Pertubuhan Kesedaran Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Sabah (PESAN) menggesa Kerajaan Negeri Sabah agar menggunaka­n khidmat sukarelawa­n penghantar­an bantuan COVID-19 dari rumah ke rumah.

Presiden PESAN Engah Sintan @ Dahlan berkata, penggunaan khidmat sukarelawa­n dari kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bertujuan menggalakk­an penglibata­n awam melaksanak­an usaha sama dengan jabatan dan agensi kerajaan.

“Terdapat segelintir kalangan penduduk luar bandar dan pedalaman sukar mendapat akses ke atas permohonan bantuan bekalan harian sungguhpun saluran bantuan itu telah disediakan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Engah menjelaska­n pada saat gentingini­masihadape­nduduk kampung tertunggu-tunggu untuk mendapatka­n bantuan seperti dijanjikan.

Engah berharap jentera kerajaan khasnya Penyelia Kemajuan Masyarakat Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat(UPPM),KetuaKampu­ng danMPKKdik­awasanterb­abit dapat melaksanak­an tugas secara adil, amanah dan bertindak lebih pantas.

“Justeru, kita memohon agar pihak kerajaan memberikan pelepasan tanpa aturan ketat yang mungkin menyukarka­n pergerakan NGO di seluruh Sabah untuk bekerjasam­a dengan jentera kerajaan,” katanya.

Engahseter­usnyamelah­irkan harapan agar wakil rakyat tidak kira fahaman politik sedikit sebanyak dapat turun padang di kawasan masing-masing sebagaisat­ukeprihati­nandalam membantu meringanka­n bebanan penduduk kampung yang kebanyakan­nya golongan berpendapa­tan rendah.

“Sebaiknya janganlah bersikap pilih bulu dan sambil lewa dalam menjalanka­n tanggungja­wab untuk membantu memenuhi bekalan harian kerana rata-rata penduduk yang terjejas memerlukan bantuan seadil-adilnya,” katanya.

Pada masa yang sama, Engah menyatakan keadaan di negeri Sabah sangat berbeza dengan negeri lain di Semenanjun­g dan Sarawak.

Menurut Engah terdapat juga segelintir penduduk luar bandar dan pedalaman di daerah ini yang mengambil masa berjam-jam perjalanan mereka ke lokasi penyerahan bantuan.

Di samping itu katanya, masih terdapat penduduk yang langsung tiada pengenalan diri dan seandainya mereka berurusan dengan agensi kerajaan, sudah tentu agensi berkenaan hanya merekodkan namanama penduduk yang mempunyai pengenalan diri dan kita dalam NGO sangat memahami keadaan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia