Utusan Borneo (Sabah)

Tambah pusat kesihatan untuk ujian saringan COVID-19: Nizam

-

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyaranka­n supaya kerajaan negeri melalui Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan RakyatSaba­hdanKement­erian Kesihatan Malaysia menambah Pusat Makmal Kesihatan Awam khasnya dalam mengharung­i musibah COVID-19.

Beliau berkata, pada masa ini Sabah hanya mempunyai sebuah Makmal Kesihatan Awam (MKA) di Kota Kinabalu dan dilihat masih tidak mampu untuk menampung bilangan sampel jangkitan virus COVID-19 di seluruh negeri.

“Di Malaysia hanya mempunyai 12 hospital yang mempunyai MKA termasuk negeri Sabah. Terkini daerah Tawau telah dikelaskan dalam Zon Merah (bahaya) dengan bilangan 60 kes sejak 29 Mac.

“Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah menyenarai­kan daerah Tawau yang dilabel sebagai Zon Merah (Berbahaya) wabak C0VID-19,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Nizam juga meminta supaya keputusan ujian sampel COVID-19 dipercepat­kan kerana masih ada yang perlu menunggu lama untuk mengetahui keputusan ujian saringan yang telah dijalankan.

“Saya difahamkan bahawa setiap sampel dihantar ke MKA di Kota Kinabalu dan ini mengambil masa yang agak lama, dan apa yang membimbang­kan adalah mereka yang menjalani ujian saringan ini masih keluar dan berjalan dari pusat berkenaan untuk pulang ke rumah dan sekiranya beliau adalah positif COVID-19, maka sudah tentu ini adalah amat membahayak­an,” katanya.

Jelasnya memandangk­an Tawau menjadi ‘Red Zone’ dan dipercayai banyak lagi keputusan ujian yang belum ada kerana sampel-sampel ini terpaksa dihantar ke Kota Kinabalu melalui jalan darat dan semua sampel untuk seluruh Sabah bergantung kepada ujian pengesahan di MKA Kota Kinabalu, sudah pasti hasil keputusan mengambil masa yang lama untuk proses ujian.

“Saya ada membaca kenyataan akhbar pengarah kesihatan Sabah baru-baru ini berkaitan kekurangan bahan uji dan reagen di Sabah yang menyebabka­n banyak ujian kes COVID-19 sedia ada tertangguh. Jadi bayangkan masalah ini akan semakin berlambak kerana setiap hari mungkin ada kes-kes baharu.

“Saya cukup khuatir dengan musibah yang melanda negara kita dan saya amat berharap kita dapat memberi kerjasama dengan mematuhi arahan daripada pihak kerajaan dengan hanya duduk di rumah dan mengamalka­n penjarakan sosial sekiranya perlu keluar untuk membeli barang keperluan atau bekerja.

“Kita perlu menjadi warganegar­a yang bertanggun­gjawab dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian COVID-19,” katanya.

Oleh itu beliau menggesa agar pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan negeri Sabah dapat menubuhkan satu pusat makmal kesihatan untuk ujian COVID-19 ini di Tawau dengan kadar segera atau melantik makmal swasta sebagai langkah ‘outsources’ bagi menyelesai­kan masalah kelewatan keputusan ujian sampel COVID-19 ini.

Tegasnya pewujudan makmal ujian ini di Tawau sudah pasti akan mempercepa­tkan proses ujian COVID-19, makmal ini boleh meliputi sampel-sampel untuk ujian dari Lahad Datu/Kunak/ Semporna dan sekitar pantai timur Sabah, mengurangk­an beban MKA Kota Kinabalu dan akan memberi gambaran sebenar situasi wabak COVID-19 ini.

Beliau berkata wabak COVID-19 ini adalah wabak yang sukar dijangka bila akan tamat tetapi masyarakat perlu bersedia untuk menghadapi yang lebih buruk lagi.

“Kalau usaha kita terpaksa ke rumah-rumah suspek COVID-19 untuk dapatkan sampel bagi ujian COVID19 tetapi tiada makmal yang dapat proses sampel-sampel berkenaan dalam masa yang sepatutnya maka ini tidak akan menjamin kejayaan kita untuk mengawal situasi wabak ini dengan lebih berkesan.

“Saya amat berharap agar pihak kementeria­n yang bertanggun­gjawab mengambil perhatian serius untuk mewujudkan makmal ujian COVID-19 di Tawau. Saya cukup khuatir dengan musibah yang melanda negara kita dan saya amat berharap kita dapat memberi kerjasama dengan mematuhi arahan daripada pihak kerajaan dengan hanya duduk di rumah dan mengamalka­n penjarakan sosial sekiranya perlu keluar untuk membeli barang keperluan atau bekerja.

“Kita perlu menjadi warganegar­a yang bertanggun­gjawab dan mematuhi PKP untuk memutuskan rantaian COVID-19,” katanya.

 ??  ?? NIZAM
NIZAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia