Utusan Borneo (Sabah)

Orang awam perlu lebih mematuhi PKP fasa kedua

Jika tiada keperluan atau urusan rasmi, mereka dikehendak­i duduk di rumah dan meluangkan masa bersama keluarga

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

“Kita perlu bersama-sama membantu kerajaan dalam membendung penularan COVID-19 dan jika tiada sebarang urusan rasmi, duduklah di rumah bersama ” keluarga. Datuk Sebastian Ting Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

MIRI: Orang awam perlu lebih mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua semalam bagi mengurangk­an rantaian COVID-19 terutama di Miri.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting berkata, jika tiada keperluan atau urusan rasmi, mereka dikehendak­i duduk di rumah dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Kita perlu bersama-sama membantu kerajaan dalam membendung penularan COVID-19 dan jika tiada sebarang urusan rasmi, duduklah di rumah bersama keluarga,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Malahan katanya, jika ahli keluarga yang telah keluar bekerja atau membeli barangan keperluan, mereka dikehendak­i membersihk­an diri serta pakaian terlebih dahulu apabila tiba di rumah.

“Jika baharu pulang bekerja atau selepas membeli barangan keperluan di luar, sebaiknya pergilah mencuci tangan atau mandi serta membersihk­an pakaian yang telah digunakan.

“Jangan terus memeluk anak-anak kerana kita bimbang virus COVID-19 dari luar akan merebak masuk lebih cepat kepada ahli keluarga yang berada di rumah,” ujarnya.

Sementara itu, Ting turut menyerahka­n sumbangan peralatan perlindung­an diri kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri, Limbang dan Lawas.

Ting berkata, antara jenis barang yang disumbangk­an ialah penutup mulut dan hidung, sarung tangan, pembalut plastik dan alat penyembur nyah kuman.

Sumbangan telah diserahkan kepada Ketua Zon JBPM Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri semalam.

Sementara itu, Ting turut mengucapka­n terima kasih kepada penduduk Miri yang begitu prihatin dengan turut sama menyumbang bantuan yang diperlukan kakitangan barisan hadapan.

“Kita berterima kasih kepada semua penderma yang sudi menyalurka­n sumbangan untuk membantu petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan COVID-19,” jelasnya.

Sementara itu, Law mengucapka­n terima kasih kepada Ting atas keprihatin­an beliau menyumbang barangan perlindung­an diri kepada BBP di Zon Utara merangkumi Miri, Limbang dan Lawas.

 ??  ?? PRIHATIN: Ting (tengah) menyerah peralatan perlindung­an diri dan penyembur nyah kuman kepada Law (kanan) di BBP Miri semalam.
PRIHATIN: Ting (tengah) menyerah peralatan perlindung­an diri dan penyembur nyah kuman kepada Law (kanan) di BBP Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia