Utusan Borneo (Sabah)

IAB Cawangan Sarawak dikenal pasti pusat kuarantin PUI, PUS COVID-19

-

KUCHING: Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak di Jalan Sultan Tengah di sini dikenal pasti sebagai pusat kuarantin bagi kes orang yang disyaki (PUI) dan pesakit di bawah pemerhatia­n (PUS) COVID19.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkataper­siapanakan­dibuat termasuk meningkatk­an kemudahan asas tempat tinggal di institusi tersebut.

“IAB akan menempatka­n kes-kes kontak COVID-19 dalam masa terdekat ini.

“Segala persiapan sama ada kemudahan mahupun peralatan sedang giat dilakukan dalam usaha kita merawat pesakit COVID19 di pusat kuarantin yang dikhaskan.

“Kita perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkina­n dengan mengambil kira situasi sekarang,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Sebelum ini, Dr Abdul Rahman telah meninjau kelengkapa­n dan kemudahan tempat penginapan di

IAB bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ik Pahon Joyik, pengarah Jabatan Kesihatan dan wakil-wakil jabatan dan agensi yang terlibat secara langsung dalam pengurusan COVID-19.

Dr Abdul Rahman berkata IAB mula beroperasi di Jalan Sultan Tengah di sini, pada 2013 dan ia mempunyai bilik asrama, kuarters selesa dan serba lengkap dengan kemudahan asas.

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri di sini pada Selasa berkata, jawatankua­sa itu telah memutuskan untuk meneliti membina lebih banyak lagi pusat kuarantin bagi Kuching.

Antara yang dicadangka­n katanya ialah IAB dan Akademi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menghadapi sebarang kemungkina­n.

“Selain itu, kita juga sedang melihat cadangan untuk diwujudkan di Akademi Kastam Diraja,” katanya.

 ??  ?? PUSAT KUARANTIN: Dr Abdul Rahman meninjau kelengkapa­n dan kemudahan tempat penginapan di IAB.
PUSAT KUARANTIN: Dr Abdul Rahman meninjau kelengkapa­n dan kemudahan tempat penginapan di IAB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia