Utusan Borneo (Sabah)

Rancangan buka pusat kuarantin di Engkilili, Batang Ai dibantah

-

KUCHING: Rancangan membuka pusat kuarantin di Engkilili dan Batang Ai dibantah sekeras-kerasnya memandangk­an Bahagian Sri Aman belum merekodkan sebarang kes positif jangkitan wabak COVID-19.

Persatuan Ketua-Ketua Kaum Engkilili/Skrang dalam satu kenyataan bersama berkata, setakat semalam Engkilili termasuk Batang Ai masih bebas daripada jangkitan COVID-19 kerana masyarakat di dua DUN ini mematuhi sepenuhnya arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bahagian ini sangat kecil justeru jika terdapat mereka yangdisyak­i(PUI)dikuaranti­n di Engkilili kita bimbang mereka yang mulanya

PUI kemudian disahkan positif COVID-19 berupaya merebak kepada masyarakat di sini,” katanya.

“Selain itu, Engkilili tidak memiliki peralatan lengkap untuk berhadapan dengan wabak COVID-19 terutama dari segi bilangan petugas, kemahiran serta teknologi yang diperlukan untuk melawan penyakit ini,” kata jurucakap itu kepada Utusan Borneo semalam.

Bercakap lanjut, kenyataan itu menyebut bahawa bukan sahaja peralatan kurang malah topeng muka dan cecair pembasmi kuman juga tidak ada di Engkilili.

Sehubungan itu, jurucakap persatuan mahu pihak berkaitan dapat mengkaji semula keperluan mewujudkan pusat kuarantin di Engkilili kerana kebanyakan masyarakat di DUN itu membantah keras rancangan kerajaan dan berharap dapat berbincang dengan wakil rakyat berhubung perkara tersebut.

Pendapat sama turut disokong seorang tuai rumah di DUN Engkilili, Tuai Rumah Pendy Gerang, Empelam, yang secara jelas tidak menyetujui rancangan mewujudkan pusat kuarantin di Engkilili dan Batang Ai memandangk­an kedua-dua DUN ini bebas daripada COVID-19.

“Lokasi cadangan pusat kuarantin di Engkilili ialah Rumah Rehat Engkilili,” ujarnya.

“Jika diperhalus­i lokasi yang dipilih adalah berhampira­n kuarters kerajaan serta rumah panjangsep­ertiMerbon­g,Bua, Bukong, Sungai Menuang, Selindung Ulu dan Selindung Ili termasuk beberapa kediaman persendiri­an yang lain,” ujarnya.

Beliau berpendapa­t, rancangan kerajaan tersebut umpama menyebarlu­askan rangkaian penularan COVID19 memandangk­an kedua-dua kawasan ini bebas daripada wabak maut itu.

“Rancangan itu wajar diperhalus­i bersama agensi relevan di kedua-dua DUN itu termasuk wakil rakyat kami, Dr Johnical Rayong Ngipa dan bukan membelakan­gi beliau dalam membuat keputusan sebesar ini... kerana ia melibatkan nyawa warga Engkilili,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia