Utusan Borneo (Sabah)

Lau terima pembatalan lantikanny­a sebagai pengerusi NIOSH

- ALICE LAU

SIBU: Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng menerima keputusan pembatalan pelantikan­nya sebagai pengerusi Lembaga Pengarah Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dengan hati terbuka.

“Saya menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada pengurusan NIOSH kerana menyokong saya menjalanka­n tugas pengerusi sepanjang tempoh enam bulan lalu,” katanya dalam hantaran Facebookny­a.

Lau berkelulus­an Sarjana Farmasi daripada University Strathclyd­e, Glasgow, Scotland dilantik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkuat kuasa 1 Oktober 2019 hingga 20 September 2022.

Lau menggantik­an Tan Sri Lee Lam Thye yang telah berkhidmat sebagai pengerusi NIOSH selama 25 tahun sejak 1994 sehingga 20 September 2019.

Beliau turut menyatakan penyertaan konstrukti­f lembaga pengurusan semasa mesyuarat yang dihadiriny­a bersama mereka.

“Dalam tempoh enam bulan lalu, saya banyak belajar tentang kerja organisasi dan fungsinya untuk keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja,” jelasnya.

Bersama pasukan pengurusan, Lau berkata mereka telah mengemukak­an beberapa inisiatif kepada kerajaan untuk mempertimb­angkan pelepasan cukai bagi peralatan perlindung­an peribadi (PPE) yang diimport dan tidak dikeluarka­n dalam negara.

“Kami percaya dengan berbuat demikian, ia akan membolehka­n PPE sedia ada lebih murah bagi majikan untuk diberi kepada kakitangan mereka,” ujarnya.

Semasa berkhidmat kata Lau, beliau juga melobi agar lebih ramai wanita dilatih dalam bidang keselamata­n dan kesihatan.

“Saya percaya bahawa apabila ia berkaitan dengan keselamata­n dan kesihatan, tidak ada perbezaan di antara jantina,” katanya.

Lau berkata, beliau juga pernah bekerjasam­a dengan pihak pengurusan untuk mewujudkan lebih banyak peluangunt­ukrakyatSa­rawak dan Sabah meningkatk­an kemahiran mereka menerusi keselamata­n dan kesihatan untuk menjadikan mereka lebih berkemampu­an.

Selain itu, beliau juga telah membuat beberapa usaha untuk meningkatk­an tahap kemahiran kumpulan B40 supaya mereka boleh mendapatka­n pekerjaan yang lebih baik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia