Utusan Borneo (Sabah)

Doktor ETD, tukang cuci hospital juga perlu diberi elaun khas

-

KUCHING: Doktor di bahagian Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) serta tukang cuci hospital antara yang perlu diberikan bantuan dan menerima elaun khas RM600 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi PrihatinRa­kyat(PRIHATIN) dalam memerangi pandemik COVID-19 ini.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii (gambar) berkata ahli farmasi, penyelaras logistik, pembekal perubatan, pakar psikiatri, psikologi klinikal dan kaunselor juga perlu diberikan bantuan.

“Ia selari dengan pekeliling Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini yang menyatakan pekerja penjagaan kesihatan awam layak untuk mendapatka­n elaun penuh jika mereka terlibat secara langsung dalam pengurusan COVID-19 dan telah bekerja sekurangku­rangnya 15 hari dalam satu bulan,” ujar beliau menerusi satu kenyataan, semalam.

Jelasnya, terdapat beberapa pekerja penjagaan kesihatan yang mungkin tidak layak menerima insentif tersebut.

“Sebagai contoh, pihak kami dimaklumka­n bahawa doktor bertugas di ETD mungkin tidak memenuhi syarat untuk elaun itu kerana mereka tidak dianggap sebagai sebahagian daripada pasukan COVID-19.

“Namunhakik­atnya,doktor dan doktor pelatih, pembantu perubatan serta jururawat dan kakitangan di bahagian ini juga terdedah kepada risiko jangkitan kerana dalam situasi kecemasan, mereka perlu mendiagnos­is pesakit terlebih dahulu,” katanya.

Tambah Dr Yii, satu lagi kumpulan penting yang patut diberi elaun khas ialah tukang cuci hospital dan kakitangan perkhidmat­an sokongan.

“Mereka memainkan peranan penting dengan membersihk­an dan mensanitas­ikan wad serta seluruh hospital untuk memastikan virus itu tidak tersebar. Mereka juga berisiko terdedah berikutan kekurangan alat pelindung diri (PPE),” katanya.

Bahkan keadaan bertambah buruk apabila sesetengah pesakit tidak jujur mengenai sejarah perubatan atau perjalanan mereka kepada doktor, tambah Dr Yii.

Menurutnya juga, sesetengah doktor dan pekerja perubatan juga bekerja secara bergilir mengikut jadual dan mungkin tidak berada di stesen mereka selama sekurang-kurangnya 15 hari.

“Akibatnya, mereka tidak layak untuk mendapatka­n elaun penuh hanya kerana mereka tidak menepati kriteria,” jelas beliau.

Dalam pada itu beliau berkata, ahli farmasi atau pegawai terlibat dalam perolehan peralatan perubatan dan ubat-ubatan serta keperluan penting seperti PPE dan peralatan perlindung­an lain juga harus diberi bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia