Utusan Borneo (Sabah)

PKP: Bekerja dari rumah manfaatkan teknologi

Bekerja dari rumah bukan sesuatu yang baharu bagi Nurul Firda yang bekerja di sebuah kolej swasta

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

“Sebagai ketua jabatan, sebelum PKP lagi ada masanya kami perlu bekerja dari rumah semasa cuti terutama apabila perlu menghantar laporan segera kepada ” pengarah kampus.

Nurul Firda Yusop Eksekutif Kanan Pentadbira­n dan Sumber Manusia

MIRI: Bekerja dari rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membolehka­n setiap kakitangan syarikat memanfaatk­an teknologi seiring dengan peranan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang ditekankan kerajaan negeri.

Bagi Eksekutif Kanan Pentadbira­n dan Sumber Manusia Nurul Firda Yusop yang bertugas di sebuah kolej swasta di sini, bekerja dari rumah bukanlah sesuatu yang baharu baginya sebagai ketua jabatan.

“Sebagai ketua jabatan, sebelum PKP lagi ada masanya kami perlu bekerja dari rumah semasa cuti terutama apabila perlu menghantar laporan segera kepada pengarah kampus.

“Tetapi sekarang sejak PKP, memang 100 peratus kerja dari rumah, maksudnya dari jam 8 pagi hingga 5 petang perlu berjaga-jaga dengan telefon sekiranya diperlukan ketua.

“Di sinilah IR4.0 memainkan peranan penting,” katanya ketika ditemu bual Utusan Borneo melalui aplikasi WhatsApp di sini, semalam.

Nurul Firda berkata, sekali atau dua kali seminggu mereka akan mengadakan mesyuarat dalam talian menggunaka­n aplikasi Google Meet bagi membincang­kan perkara penting.

“Sebagai ketua jabatan sumber manusia saya berperanan menyampaik­an maklumat semasa yang penting kepada semua kakitangan dan memastikan kakitangan dalam keadaan sihat walaupun bekerja dari rumah, oleh itu penggunaan teknologi itu diperlukan.

“Setakat ini, mesyuarat dalam talian berlangsun­g dengan baik, komunikasi sentiasa ada, apa yang penting perlu tetapkan masa yang sesuai dan jaringan Internet yang baik,” katanya.

Bagaimanap­un, menurut beliau menjalanka­n kerja dari rumah memang banyak cabarannya berbanding menjalanka­n kerja di pejabat.

“Suasana bekerja tidak sama seperti di pejabat, PKP adalah sesuatu yang baharu untuk kita di Malaysia.

“Sebagai ketua jabatan yang menguruska­n pentadbira­n dan sumber manusia, kebanyakan kerja melibatkan dokumen dan fail, tidak semua fail dapat dibawa balik ke rumah maka itu adalah kekangan apabila bekerja dari rumah.

“Nasib baik sebelum PKP kami telah lama mempraktik­kan apa-apa kerja atau data perlu disimpan dalam aplikasi Google Drive supaya semua dapat melihat dan menyunting­nya apabila perlu,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia