Utusan Borneo (Sabah)

Dua pengembara Jerman terkandas di Kuching tinggal dalam van

-

KUCHING: Dua warga Jerman yang telah mengembara ke beberapa negara di Asia menggunaka­n sebuah van terpaksa tinggal dalam kenderaan itu sejak penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas.

Matthias Tischler dan pasanganny­a, Sonja, (kedua-duanya lingkungan 40an) yang telah memulakan pengembara­an darat mereka dari Jerman dua tahun lepas, tiba di sini Disember lepas kini tinggal di dalam van yang diparkir di Taman Reservoir, sebuah kawasan rekreasi di tengah-tengah bandar raya ini,.

“Kami hanya berharap keadaan virus itu dapat dibendung dalam beberapa minggu atau secepat mungkin agar semua orang boleh kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan apabila kawasan sempadan untuk ke negara lain dibuka semula, barulah ia akan memudahkan kami mengembara,” kata Sonja ketika ditemui pemberita di taman itu.

Menurutnya, selepas tiba di bandar raya ini, mereka berdua telah meninggalk­an van mereka di sini untuk mengembara beberapa minggu ke Australia dan Indonesia, sebelum kembali ke bandar raya ini pada 14 Mac di mana PKP itu dikuatkuas­akan empat hari kemudian.

“Kami tersekat di sini (untuk sementara waktu) tetapi kami dapati tempat ini menarik, dikeliling­i dengan masyarakat yang baik dan kami akan menunggu sehingga keadaan wabak menjadi bertambah baik,” katanya.

Sonja berkata mereka tidak menghadapi sebarang masalah untuk mendapatka­n makanan sepanjang tempoh PKP ini dan van mereka juga dilengkapi peralatan dapur bagi membolehka­n mereka memasak makanan sendiri.

“Kami pergi ke pasar raya selang beberapa hari dan membeli sedikit sayur dan buah. Kami boleh memasak sendiri di sini. Kadangkala kami berkunjung ke restoran untuk membeli makanan dan membawanya pulang tetapi tidak selalu. Kami tiada masalah untuk mendapatka­n makanan. Kami mempunyai banyak stok makanan untuk beberapa minggu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia