Patuh PKP, putuskan rantaian COVID-19
Orang ramai diseru terus duduk di rumah, bantu kerajaan bendung penularan wabak
SIBU: Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christopher Tegong merayu orang ramai supaya terus berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Romeo berkata, pematuhan terhadap PKP ini penting dalam memutuskan rantaian COVID-19.
“PKP dilaksanakan bukan bertujuan menyusahkan pergerakan tetapi untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19, sama ada sebagai petugas barisan hadapan kesihatan mahupun orang awam.
“Kaedah ini bukan sahaja mampu melindungi ahli keluarga daripada sebarang jangkitan COVID-19,
“PKP dilaksanakan bukan bertujuan menyusahkan pergerakan tetapi untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19, sama ada sebagai petugas barisan hadapan kesihatan mahupun ” orang awam.
Romeo Christopher Tegong Setiausaha Politik Ketua Menteri
bahkan cara ini juga adalah untuk membendung wabak berkenaan terus merebak,” katanya semalam.
Terdahulu Romeo hadir pada majlis pengagihan sumbangan kepada ahli Gereja Anglikan St John, di sini.
Menurut Romeo, PKP mungkin dilanjutkan kepada fasa seterusnya sekiranya rakyat masih bersikap sambil lewa dengan arahan tersebut.
Jelas beliau, penentuan PKP dan kejayaan memutuskan rantaian wabak ini bergantung sepenuhnya kepada kepatuhan rakyat.
“Sekiranya semua pihak bekerjasama dengan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan kerajaan saya percaya kita dapat kembali kepada suasana kehidupan seperti sedia kala,” ujar beliau.
Mengambil contoh di kawasan kediaman, Romeo meminta ibu bapa sentiasa memastikan anak-anak mereka berada dalam kawalan.
“Saya dapati masih ramai anak-anak terutama di kawasan berpenduduk padat seperti di Sibu Jaya masih berkeliaran.
“Jadi saya minta ibu bapa sentiasa mengawasi anakanak mereka,” jelas beliau lagi.
Dalam pada itu, kira-kira 60 ahli gereja (St John) menerima sumbangan berupa bekalan makanan daripada Gereja Anglican St John Sibu Jaya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Gereja Anglikan St John Sylvester Candy Pai berkata, pengagihan sumbangan berbentuk makanan itu bertujuan meringankan beban keluarga terutama pekerja bergaji hari yang terjejas akibat PKP.
“Sumbangan ini adalah untuk membantu meringankan beban ahli gereja yang terjejas ketika wabak ini melanda,” katanya.