Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak berhak dapatkan kemudahan, rawatan kesihatan berkualiti: SUHAKAM

-

KUCHING: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengingatk­an kerajaan untuk tidak mengabaika­n hak kanakkanak di seluruh negara untuk mendapatka­n kemudahan dan rawatan kesihatan yang paling berkualiti.

Menurut Pesuruhjay­a Kanak-kanak SUHAKAM Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal menerusi kenyataan akhbarnya semalam, dengan penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kanak-kanak mempunyai hak yang saksama di bawah perlindung­an undang-undang dan tidak boleh didiskrimi­nasi.

“Perkara tersebut tertakluk dalam Perkara 24 dan 25 Konvensyen Hak KanakKanak (CRC).

“Perkara 24 memerlukan kerajaan mengiktira­f hak kanak-kanak untuk menikmati standard kesihatan yang paling tinggi dan menyediaka­n kemudahan rawatan bagi penyakit serta pemulihan kesihatan di samping memastikan tiada kanakkanak dilucuthak­kan aksesnya kepada perkhidmat­an jagaan kesihatan.

“Perkara 25 akta juga menyatakan kajian berkala ke atas semua rawatan yang diberikan kepada kanakkanak serta hal yang berkaitan dengan penempatan­nya perlu dilaksanak­an oleh pihak berkuasa yang berwibawa bagi maksud perlindung­an atau rawatan kesihatan fizikal dan mental mereka,” katanya.

Meskipun, Malaysia sedang berusaha memerangi pandemik COVID-19, amat penting untuk langkah penjagaan awal dilaksanak­an bagi memelihara kesihatan dan kehidupan kanak-kanak terutama mereka yang tidak berada di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau berkata ramai yang tidakmenge­tahuibahaw­aPKP secara umumnya melibatkan penutupan sekolah dan kawalan pergerakan yang mengganggu kehidupan seharian kanak-kanak dan akses mereka untuk mendapatka­n sokongan sosial.

Sebaliknya, ia turut dipercayai meningkatk­an risiko untuk mereka terdedah kepada keganasan dan tekanan psikososia­l.

 ??  ?? NOOR AZIAH
NOOR AZIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia