Utusan Borneo (Sabah)

Tengku Hassanal berkenan tidak terima Elaun Diraja enam bulan

-

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah berkenan tidak menerima bayaran Elaun Diraja selama enam bulan mulai April ini.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata Tengku Hassanal berkenan menitahkan supaya Elaun Diraja itu disumbangk­an ke Tabung COVID-19 Pahang.

“Baginda berharap bantuan yang dicadangka­n dan diluluskan dengan menggunaka­n Tabung COVID-19 Pahang dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan dengan segera,” katanya menerusi kenyataan media di sini, semalam.

Ahmad Khirrizal berkata Tengku Hassanal juga menitahkan supaya rakyat Pahang sentiasa menjaga kesihatan diri dan keluarga serta mematuhi arahan yang ditetapkan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Baginda juga mendoakan pesakit COVID-19 di seluruh Malaysia khasnya di Pahang diberikan kesembuhan dengan segera dan semua petugas barisan hadapan diberikan kekuatan serta kesihatan yang baik untuk menjalanka­n amanah dan tanggungja­wab mereka,” katanya.

Tindakan Tengku Hassanal itu mengikut langkah ayahanda dan bonda baginda, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h yang berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin kelmarin, berkata perkenan oleh Seri Paduka berdua bertujuan membantu meringanka­n beban kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19, serta menyahut keputusan kerajaan memotong dua bulan gaji perdana menteri, menteri serta timbalan menteri dan disalurkan ke Tabung COVID-19.

Kerajaan Negeri Pahang melancarka­n Tabung COVID-19 Pahang pada 23 Mac lalu, yang bertujuan membantu rakyat khususnya golongan yang terjejas pendapatan harian ekoran pelaksanaa­n PKP yang menyebabka­n mereka tidak boleh keluar bekerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia