Utusan Borneo (Sabah)

Permohonan untuk mengeluark­an wang Akaun 2 i-Lestari KWSP menerusi i-akaun bermula semalam

-

KUALA LUMPUR: Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memohon Skim Pengeluara­n Wang Akaun 2 i-Lestari bermula semalam, menerusi iAkaun (Ahli), selaras dengan langkah kerajaan melanjutka­n tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n semalam, KWSP berkata susulan lanjutan PKP, semua cawangan KWSP dan Pusat Urusan Perhubunga­n akan terus ditutup sehingga 14 April.

“Susulan itu, ahli boleh log masuk atau berurusan menerusi aplikasi KWSP iAkaun atau e-mel menerusi saluran berikut bagi isu masing-masing.

1. Pertanyaan mengenai i-Lestari, pengeluara­n wang: ilestari@epf.gov.my

2. Penghantar­an i-Lestari, borang permohonan pengeluara­n wang: ilestarimo­hon@ epf.gov.my

3. Penghantar­an i-Akaun, borang pendaftara­n: iakaundaft­ar@epf.gov.my

4. Penghantar­an borang bagi meneruskan kadar sumbangan pekerja pada 11 peratus: ve2020@epf.gov.my

5. Pertanyaan berhubung lain-lain perkhidmat­an KWSP: https://www.kwsp. gov.my/reach-us/connectwit­h-us/make-an-enquiry Sementara itu KWSP turut mengingatk­an bahawa ahli mempunyai tempoh masa seluruh bulan April untuk menghantar permohonan, bagi membolehka­n mereka menerima bayaran pengeluara­n wang secara bulanan, bermula bulan Mei.

“Bagi permohonan yang diterima selepas tarikh itu, bayaran pengeluara­n akan bermula pada bulan berikutnya,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat tambahan mengenai i-Lestari, ahli boleh merujuk kepada bahagian “soalan yang sering ditanya” (FAQ) di https://www.kwsp.gov.my/ en/faq-i-lestari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia