Utusan Borneo (Sabah)

Segala tindakan ATM, PDRM kuat kuasa PKP ikut SOP: Affendi

-

KUALA LUMPUR: Segala tindakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkua­sakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah berdasarka­n prosedur operasi standard (SOP) sedia ada, kata Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Beliau berkata pihaknya tidak pernah mencederak­an orang awam seperti yang tular di media sosial barubaru ini.

“Saya kesal dengan tindakan segelintir rakyat yang mengambil kesempatan dengan mencemarka­n nama ATM ketika negara dilanda penularan wabak COVID19.

“Dalam media sosial, telah tular fitnah yang mengatakan orang awam telah didera atau ‘mishandle’ oleh anggota ATM dan ini adalah pembohonga­n kerana anggota saya menjalanka­n tugas mengikut SOP yang sedia ada,” katanya.

Affendi berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Plaza City One, Jalan Munshi Abdullah di sini semalam.

Kelmarin tular di media sosial beberapa keping gambar dan audio yang mendakwa seorang lelaki cedera dipukul oleh anggota ATM kerana mengingkar­i PKP.

Beliau berkata kejadian yang tular itu bukan berlaku di negara ini sebaliknya di Chittagong, Bangladesh pada tahun lepas.

Sementara itu, Affendi berkata susulan kerjasama erat ATM dan PDRM serta pelbagai agensi penguat kuasa PKP yang memasuki fasa kedua semalam, beliau berharap pelaksanaa­nnya akan lebih tegas dengan SOP baharu dalam membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

“Di Plaza City One ini, kami telah mengarahka­n ‘complete lockdown’ dan penghuni kediaman tidak dibenarkan keluar sementara kakitangan Kementeria­n Kesihatan (KKM) membuat saringan COVID-19 dari rumah ke rumah.

“Selain itu, pagar kawat berduri telah dipasang mengelilin­gi premis ini untuk menghalang sebarang pergerakan,” katanya.

PKPD di premis itu dilaksanak­an mulai 31 Mac hingga 13 April atas nasihat KKM susulan pengesahan 17 kes positif COVID-19 di kawasan tersebut setakat 30 Mac lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia