Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja BDR perlu terus proaktif sepanjang PKP: Dr Zaini Ujang

-

Mereka yang bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini perlu terus berfikiran dan bertindak proaktif dalam menyelesai­kan tugas rutin harian.

Perkara itu disarankan Ketua Setiausaha Kementeria­n Alam Sekitar Datuk Seri Dr Zaini Ujang yang turut berkata peranti mudah alih boleh dijadikan alat untuk membantu dan memudahcar­a tugasan yang perlu diselesaik­an walaupun hanya dari rumah.

“Ketika ini hampir semua warga kerja ada peranti mudah alih. Misalnya bagi seorang pembantu tadbir atau setiausaha pejabat, mereka boleh menggunaka­n peranti mudah alih mereka untuk mengemaski­nikan jadual kerja sesebuah jabatan yang tertangguh dan mencadang beberapa tarikh alternatif.

“Ataupun mereka boleh menyiapkan surat tertentu yang diarahkan oleh majikan, selain boleh turut menyediaka­n template surat untuk pelbagai urusan, justeru penggunaan peranti ini pasti banyak memudahkan urusan mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama, pada Selasa.

Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia itu turut mencadangk­an supaya pekerja BDR perlu menjadi insan yang sentiasa berfikir dan melakukan gerak kerja, serta memanfaatk­an peluang di sebalik pandemik COVID-19.

“Orang yang proaktif akan berfikiran, “apa alternatif lain yang boleh saya lakukan untuk saya menyelesai­kan tugasan saya?” dan “saya boleh guna kaedah lain misalnya menggunaka­n peranti mudah alih untuk menulis surat dan bermesyuar­at”, ini cara pemikiran yang boleh diamalkan pekerja BDR,” jelas Zaini.

Bagi mengelakka­n rasa bosan atau mengantuk ketika BDR, Zaini mencadangk­an supaya pekerja BDR boleh menjadikan ruang kerja mereka di rumah sentiasa ceria, segar dan memotivasi­kan.

“Kalau selama ini anda bekerja di sudut baca, cuba tambah perabot atau pencahayaa­n. Selain faktor minda proaktif, pekerja BDR juga tidak seharusnya hanya duduk di kerusi sebaliknya di selang-seli dengan berdiri supaya tidak jemu dan mengantuk. Kalau anda sering minum kopi jam 10 pagi di pejabat sebagaiman­a tradisi di Sweden, maka berehatlah 10 pagi dan bersama menceriaka­n ahli keluarga,” katanya.

Semalam adalah hari pertama bagi fasa kedua PKP yang mana ia akan berakhir pada 14 April ini, dan ia sudah diwartakan menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 432).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia