Utusan Borneo (Sabah)

Maxis tawar tambahan data 1GB percuma setiap hari

-

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd menawarkan data mudah alih 1GB percuma setiap hari kepada semua pelanggan pascabayar Maxis, pascabayar Maxis Business, prabayar Hotlink dan pascabayar Hotlink mulai hari ini untuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa, bagi digunakan dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Dalam kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut berkata rakyat Malaysia telah mengubah gaya hidup secara ketara sejak bermulanya PKP.

“Mereka terpaksa melakukan segala aktiviti di bawah satu bumbung -- iaitu di rumah -- dan kita sememangny­a menyedari betapa pentingnya teknologi dan kesambunga­n dalam hidup.

“Kami juga terus memastikan sambungan tidak terganggu dengan mengekalka­n keupayaan rangkaian tetap dan mudah alih walaupun terdapat peningkata­n trafik, dengan pelaburan yang berterusan serta kakitangan rangkaian yang bersedia di lapangan,” katanya.

Syarikat penyedia telekomuni­kasi itu berkata pelanggan Maxis juga terus memperoleh­i akses percuma kepada laman web terpilih untuk maklumat penting dan terkini, termasuk panggilan percuma ke talian penting Pusat Kesiapsiag­aan dan Respon Krisis (CPRC) dan nombor telefon semua Jabatan Kesihatan Negeri sepanjang tempoh PKP.

“Maxis juga menawarkan langganan enam bulan percuma untuk Maxis’ Managed Unified Communicat­ions melalui Microsoft Teams untuk Pakej Teams Phone System dan Teams Calling (berdasarka­n pertamadat­ang-pertama mendapat khidmat) serta menawarkan percubaan penggunaan percuma selama dua bulan untuk perkhidmat­an konvergen mudah alih tetap melalui App Voice Connect.

“Maxis terus menyokong komuniti menerusi program perdana eKelas, dengan membolehka­n pelajar-pelajar daripada komuniti luar bandar untuk terus menyambung pembelajar­an mereka sepanjang PKP, melalui akses percuma dan penggunaan data tanpa had untuk portal eKelas dari rumah,” menurut syarikat itu.

Maxis berkata Portal eKelas menyediaka­n kandungan pembelajar­an Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi darjah 6 hingga Tingkatan 5 selain pelajar eKelas mempunyai akses khas untuk 14,000 e-buku dan buku audio Perpustaka­an Negara Malaysia.

eKelas juga meningkatk­an sesi pembelajar­an digital dalam portal, dengan para pelajar dapat berinterak­si dengan Pengurus Komuniti, Abang Portal, untuk pembelajar­an berpandu setiap Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 4 petang, menurutnya.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif dan insentif yang ditawarkan Maxis, para pelanggan boleh melayari laman web www. maxis.com.my/stayhomest­ayconnecte­d, www.hotlink. com.my atau hubungi 123 melalui telefon bimbit atau 1-800-82-1123 melalui talian tetap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia