Utusan Borneo (Sabah)

SSM aktifkan kembali perkhidmat­an EzBiz Online

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) telah mengaktifk­an portal EzBiz Online, iaitu portal bagi urusan berkaitan entiti perniagaan, melalui capaian https://ezbiz.ssm. com.my bermula hari ini dan beroperasi 24 jam sehari.

Portal EzBiz Online membolehka­n transaksi pendaftara­n perniagaan, pembaharua­n pendaftara­n, penamatan termasuk perubahan maklumat perniagaan kecuali perubahan alamat kediaman dan pemilik perniagaan, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ini adalah lanjutan daripada pengaktifa­n semula perkhidmat­an dalam talian SSM secara berperingk­at yang telah dimulakan pada 28 Mac 2020, yang mana, portal pembekalan maklumat korporat SSM melalui capaian https://www.ssmeinfo.my (SSM e-Info) dan https://www.mydata-ssm. com.my (MyData-SSM) telah diaktifkan bagi pembekalan maklumat profil syarikat dan perniagaan yang boleh dicapai 24 jam sehari.

SSM berkata tindakan ini diambil bagi mengekang wabak Covid-19 di kalangan mereka yang terlibat dalam ekosistem sedia ada terutamany­a yang berkaitan dengan transaksi yang berkaitan SSM.

Ia juga bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an kerajaan, yang telah dilanjutka­n sehingga 14 April 2020. Memandangk­an, jumlah warga kerja SSM serta mobiliti rakan kongsi adalah terhad berikutan PKP, perkhidmat­an dalam talian akan diaktifkan secara berperingk­at, katanya.

Status lain-lain perkhidmat­an dalam talian akan dimaklumka­n dari semasa ke semasa.

Bagaimanap­un, kaunter perkhidmat­an fizikal SSM di seluruh negara akan terus ditutup sehingga tempoh PKP berakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia