Utusan Borneo (Sabah)

Pakej PRIHATIN: Tepat pada masanya, PKS susun strategi kekal perniagaan

-

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua semalam pastinya menambah keresahan masyarakat pelbagai peringkat dan latar belakang sama ada yang bekerja sendiri, makan gaji serta golongan peniaga dan individu yang terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Namun, mereka mungkin boleh menarik nafas lega dengan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjumlah RM250 bilion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkuku­hkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19.

Seperti ‘Mak Cik Kiah,’ watak yang disebut-sebut perdana menteri ketika menyampaik­an ucapannya Jumaat lepas, kerajaan juga menyediaka­n kemudahan pembiayaan dengan syarat mudah kepada kenalan ‘Mak Cik Kiah’ termasuk usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi memastikan perniagaan mereka dapat terus beroperasi.

Bagi usahawan dan pengasas Dhiya’ Legacy dan Dhiya’ Zulhilmi Consultanc­y, Dhiya Zulhilmi Daud, 28, pakej PRIHATIN untuk PKS ini membuktika­n sokongan padu institusi kewangan kepada PKS supaya terus berdaya maju, khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi yang suram akibat COVID-19.

“Bagi PKS/IKS yang benar-benar memerlukan wang untuk modal sokongan bagi meneruskan operasi serta menampung kos overhed, bantuan dan pinjaman daripada institusi kewangan dalam pakej ini adalah yang terbaik dan tepat pada masanya. “Ini kerana, PKS/ IKS adalah antara tunjang ekonomi negara. Sekiranya tidak dibantu, tidak mustahil PKS/IKS akan ditutup dan akhirnya ramai rakyat akan menganggur,” katanya ketika dihubungi Bernama mengenai kemudahan pembiayaan kepada PKS/IKS.

Bagi membantu PKS termasuk usahawan mikro, kerajaan telah memperuntu­kkan RM4.5 bilion melalui lima inisiatif utama iaitu dana RM3 bilion kepada Tabung Bantuan Kemudahan Khas (kadar faedah dikurangka­n kepada 3.5 peratus dari 3.75 peratus); peningkata­n saiz dana RM1 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatk­an akses pembiayaan.

Inisiatif ketiga ialah RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang dikendalik­an BSN dengan kadar faedah 2 peratus (pembiayaan maksimum RM50,000, tanpa cagaran dan syarat dilonggark­an); Skim Biz Mula-i dan Biz Wanita-i di bawah Jaminan Kredit Malaysia Bhd (CGC) dengan pembiayaan RM300,000 dengan rekod perniagaan kurang empat tahun dan peruntukan RM5 bilion oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan ditingkatk­an kepada 80 peratus (bagi yang menghadapi masalah pinjaman).

Dhiya Zulhilmi yang memulakan perkhidmat­an dobi sejak 2015 berkata, beliau mempunyai beberapa strategi untuk memastikan perniagaan dapat bertahan antaranya fokus dan membuat perkara dalam kawalan sahaja.

“Membuat semakan modal sekarang, menyenarai­kan aspek-aspek yang perlu diubah dan diperbaiki pada model perniagaan sedia ada, meneruskan pemasaran (fikir dan cipta aktiviti pemasaran paling murah, efisien dan komprehens­if, dan meningkatk­an aktiviti libat urus supaya apabila ekonomi pulih, pelanggan masih ingat kepada produk dan jenama kita.

“Selain itu, setiap usahawan juga perlu mempunyai perancanga­n risiko kewangan dengan memiliki simpanan atau pelaburan dalam sijil polisi takaful perniagaan. Tujuannya, (apabila keadaan seperti sekarang) kita boleh tunaikan simpanan untuk menampung perbelanja­an operasi,” katanya.

Bagi pengasas Let Kudap2, Norakmah Mat Youb, 39, usaha murni kerajaan membantu PKS untuk terus berdaya saing dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini juga perlu disertakan dengan garis panduan daripada pihak berkaitan bagi memastikan peniaga menggunaka­n dana yang disediakan dengan sebaiknya.

“Langkah yang diperkenal­kan kerajaan adalah sangat bagus dan perlu dimanfaatk­an sebaiknya bagi mengekalka­n dan mengembang­kan perniagaan di masa depan,” katanya. Pemilik tadika Al Hakim Education Centre, Fakhriah Ismail, 36, berkata kemudahan kredit mikro yang memberikan faedah rendah sepanjang PKP dan skim subsidi upah sebanyak RM600 untuk majikan membayar gaji pekerja, dapat meringanka­n beban kewangan perniagaan­nya.

“Ketika ini tadika tidak beroperasi kerana PKP, ibu bapa tidak membayar yuran bagi tempoh yang tidak beroperasi dan kami juga memberikan potongan harga. Memang pendapatan berkuranga­n.

“Kami adalah institusi yang sangat membantu ibu bapa. Selepas PKP, ibu bapa tetap akan menghantar anak-anak mereka ke tadika dan insyaAllah keadaan akan kembali seperti biasa. Selepas tempoh PKP ini, kami juga akan menjalanka­n kempen ‘Jom ke Sekolah’ dengan memberi potongan yuran kepada ibu bapa yang memilih untuk bersama kami,” katanya.

Penjual roti canai, Azmi Ahmad, 55, pula akan menikmati Bayaran Prihatin Nasional RM1,600 dan baki Bantuan Sara Hidup sebanyak RM600.

“Saya gembira dan bersyukur dengan keprihatin­an kerajaan kerana menyediaka­n bantuan termasuk kepada peniaga kecil seperti saya. Perniagaan memang terjejas dalam tempoh sekarang, tetapi saya masih meneruskan perniagaan dari rumah mengikut tempahan pelanggan walaupun pendapatan tidak sama seperti sebelum ini,” kata beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia