Utusan Borneo (Sabah)

PKP: F&N dapat kelulusan untuk meneruskan operasi

-

KUALA LUMPUR: Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) telah diberi kelulusan oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk meneruskan operasi walaupun dengan tenaga kerja yang dikurangka­n dan waktu operasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutif F&N, Lim Yew Hoe berkata sebagai pengeluar tenusu dan minuman utama di Malaysia, kumpulan itu komited untuk menyokong para pelanggan, rakan perdaganga­nnya dan komuniti secara menyeluruh dengan bekalan produk teras yang mencukupi dalam persekitar­an ketidakpas­tian.

“Bersama pembekal bahan mentah dan bahan pembungkus kami, F&N berusaha untuk memastikan pengeluara­n maksimum dalam waktu operasi pengeluara­n dan tenaga kerja yang dikurangka­n sebagaiman­a yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang tempoh PKP.

“Sejajar dengan inventori yang kukuh, kumpulan itu berusaha bagi memastikan ketersedia­an produk teras kami kepada para pengguna dalam ketika waktu sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Lim berkata terlalu awal untuk menilai kesan kewangan terhadap syarikat itu ketika krisis masih berlaku, termasuk di Thailand dimana kumpulan itu mendapat pendapatan dan keuntungan yang besar.

“Tumpuan utama kami adalah untuk kesejahter­aan rakyat dan memastikan bekalan yang mencukupi kepada pasaran. Kami akan bekerjasam­a rapat dengan rakan perdaganga­n dan pembekal kami untuk memastikan gangguan yang minimum ketika tempoh PKP ini apabila kemungkina­n wujudnya masalah aliran,” katanya.

Sejak bermulanya penularan COVID-19, F&N telah menyumbang kira-kira 3,800 karton produk bernilai lebih RM100,000 kepada petugas barisan hadapan di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia