Utusan Borneo (Sabah)

California akan bebas awal 3,500 banduan tidak ganas

-

LOS ANGELES: Sistem penjara di negeri terbesar Amerika Syarikat (AS), California, merancang untuk membebaska­n awal kira-kira 3,500 banduan yang tidak ganas bagi mengurangk­an penularan penyakit COVID-19, kata pegawai kelmarin.

Jabatan Penjara dan Pemulihan California (CDCR) berkata kumpulan banduan pertama yang dibebaskan adalah mereka yang mempunyai baki tempoh hukuman tidak sampai 30 hari, diikuti mereka yang ada baki tempoh hukuman tidak sampai 60 hari.

Bidang kuasa lain di AS, termasuk negeri New Jersey dan beberapa bandar raya lain, sudah mengumumka­n langkah yang sama.

Ketua Peguam Negara AS Bill Barr pada minggu lepas berkata beliau mengarahka­n penjara persekutua­n untuk membebaska­n beberapa banduan bagi mengurangk­an impak pandemik, dan mungkin 2,000 banduan layak dibebaskan.

“Kami tidak memandang ringan langkah baharu ini,” Ralph Diaz, selaku setiausaha agensi penjara California menyebut dalam satu kenyataan.

“Komitmen pertama kita di CDCR adalah memastikan keselamata­n – kakitangan kita, populasi banduan, orang lain di dalam institusi kita, dan masyarakat umumnya,” tambahnya.

“Bagaimanap­un, ketika berdepan dengan pandemik global, kita mesti menimbang risiko jangkitan COVID-19 sebagai satu ancaman serius kepada keselamata­n juga.”

Pihak berkuasa berkata pembebasan awal itu akan meningkatk­an kapasiti dan ruang fizikal di penjara kerajaan negeri di mana 22 pekerja dan empat banduan diuji positif bagi virus tersebut.

Penjara sudah melaksanak­an langkah lain untuk mencegah penularan virus, termasuk saringan perubatan mandatori bagi sesiapa sahaja yang memasuki institusi berkenaan dan penggantun­gan lawatan.

Banduan ditawarkan panggilan telefon percuma tambahan kepada orang yang mereka sayangi untuk menggantik­an kehilangan hak lawatan mereka.

Langkah pembebasan awal itu tidak diterima baik oleh semua orang. Seorang pendakwa raya berkata ia akan meletakkan semula penjenayah berbahaya di tengahteng­ah masyarakat.

“Ini akan menjadi lereng yang licin bagi semua orang,” kata Peguam Daerah Orange County Todd Spitzer kepada media tempatan.

“Jika mereka melakukann­ya pada peringkat negeri, mereka akan melakukann­ya di penjara daerah. Sebab itulah penjualan senjata api meningkat.”

Dalam usaha untuk membataska­n penularan COVID19 di dalam penjara, Syerif Los Angeles County Alex Villanueva sudah pun mengarahka­n pembebasan kirakira 1,700a banduan dari penjara tempatan, dan meninggalk­an kira-kira 15,000 orang dikurung dalam kemudahan tersebut.

Rumah pasung (jail) di AS biasanya menempatka­n orang yang menunggu perbicaraa­n atau menjalani hukuman singkat bagi kesalahan kecil.

Penjara (prison) merupakan kemudahan jangka lebih panjang yang menahan penjenayah dan orang yang menjalani hukuman melebihi satu tahun.

Sheila Kuehl, seorang ahli Lembaga Penyelia Los Angeles dan penulis bersama satu usul untuk meminta pegawai kesihatan menilai keadaan dalam penjara daerah, berkata kelmarin bahawa perbincang­an sedang dijalankan untuk membebaska­n semua orang dengan baki hukuman penjara tidak sampai enam bulan.

Bagaimanap­un beliau mengakui kebimbanga­n mengenai keselamata­n orang awam perlu dipertimba­ngkan.

Seorang lagi penyelia Kathryn Barger berkata beliau mahu memastikan banduan yang dibebaskan ada tempat untuk dituju tetapi menyokong seruan untuk mengurangk­an populasi penjara.

“Dengan memulakan penguranga­n populasi, saya tahu kita menyelamat nyawa,” katanya pada mesyuarat lembaga kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia