Utusan Borneo (Sabah)

Usia rentas tujuh dekad, RTM teguh sebagai penyedia sumber informasi berita utama

-

KUALA LUMPUR: Meskipun sudah merentasi usia lebih tujuh dekad, pelopor stesen penyiaran pertama negara Radio Televisyen Malaysia (RTM) tetap teguh, unggul dan menjadi pilihan utama sumber informasi berita di negara ini.

RTM, menerusi slogan ‘Penghubung Generasi’,’ terkenal sebagai suara penghubung antara kerajaan dan rakyat melalui acuannya yang tersendiri tanpa mengetepik­an identiti, adat serta budaya ketimuran masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Menyambut ulang tahun ke-74 semalam (1 April), stesen penyiaran yang bermula dengan hanya satu saluran iaitu TV1 atau dahulunya dikenali sebagai RTM 1, terus mengorak langkah ke hadapan dengan lima saluran TV dan 34 stesen radio di seluruh Malaysia.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam catatan di akaun Twitter rasmi beliau menzahirka­n ucapan bersempena sambutan ulang tahun itu beserta tanda pagar ‘Dudukrumah’ dan ‘Juststay at home.’

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah juga mengambil peluang menzahirka­n ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada RTM atas baktinya dalam menyebarka­n berita yang tepat kepada rakyat.

“Saya cukup yakin dengan tenaga seluruh kakitangan dan pekerja RTM dalam menaburkan bakti serta menyebarka­n maklumat, mereka berbakat dan profesiona­l, sanggup menggalas amanah serta sanggup berkorban demi tugas tanpa mengira masa dan situasi.

“Pada masa negara berperang dengan COVID-19, RTM memainkan peranan sebagai penyiar utama yang diyakini dan menyiarkan pengumuman rasmi beserta penerangan yang sahih. Ini sangat penting supaya rakyat menerima maklumat yang benar, jelas dan pantas sekali gus mengelakka­n perkhabara­n palsu yang mengeliruk­an dan menggusark­an,” katanya menerusi rakaman video di akaun Facebookny­a di sini semalam.

Saifuddin turut menyeru orang ramai agar terus mendokong RTM, yang merupakan agensi di bawah kementeria­nnya, sebagai stesen peneraju industri penyiaran yang diyakini dalam negara.

“Selamat menyambut ulang tahun RTM - Radio Televisyen Malaysia yang ke-74!,” ucap beliau.

Orang ramainya, khususnya penonton setia RTM, juga tidak melepaskan peluang berkongsi ucapan penghargaa­n kepada stesen itu.

Menerusi catatan di Facebook, Ahmad Fadil berkata, “Selamat Ulang Tahun ke-74 RTM, terima kasih, kami sentiasa bersama RTM, teman setia kami.

Jaazuddin pula berkata, “Selamat hari ulang tahun ke-74 RTM, tahniah dan terima kasih, semoga terus menyalurka­n informasi bermakna kepada masyarakat dengan kandungan yang kreatif dan inovatif.”

Beribu pejabat di Angkasapur­i, RTM merupakan stesen penyiaran awam milik kerajaan yang memiliki serta mengendali­kan beberapa saluran radio dan televisyen.

Bermula sebagai saluran radio pada

1 April 1946, RTM telah memperluas­kan perkhidmat­annya dengan mengendali lebih 30 saluran radio yang bersifat nasional, negeri dan tempatan tanpa mengetepik­an manamana segmen audiens dalam masyarakat.

Meskipun terpaksa berdepan persaingan stesen penyiaran swasta dan berbayar selain penyedia perkhidmat­an digital, RTM ternyata terus menjadi pilihan rakyat di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia