Utusan Borneo (Sabah)

‘Megxit’: Harry dan Meghan rasmi tinggalkan kehidupan diraja

- Oleh Joe Jackson

Harry dan isterinya Meghan secara rasmi berhenti menjadi anggota-anggota kanan dalam kerabat diraja Britain pada Selasa lepas, ketika mereka memulakan kehidupan baharu yang kontrovers­i di Amerika Syarikat (AS).

Pasangan itu sudah pun berpindah ke California, menurut laporan, selepas mengumumka­n pada Januari lalu bahawa mereka berhasrat untuk meninggalk­an kehidupan diraja dan “bekerja untuk menjadi bebas dari segi kewangan”.

Keputusan itu bermakna mereka tidak akan lagi menjalanka­n tugas bagi pihak Ratu Elizabeth II dan melepaskan jawatan mereka di dalam monarki di Britain.

Ia menyusuli laporan bahawa Meghan begitu tidak gembira dengan kehidupan di dalam institusi berusia berabad-abad itu dan rungutan yang semakin meningkat daripada pasangan itu tentang gangguan media.

Pengumuman mereka yang mengejutka­n telah menggegark­an kerabat diraja, dipercayai tidak dijangkaka­n oleh ratu dan anggota kanan lain dalam kerabat diraja.

Ia mendorong ratu berusia 93 tahun itu untuk mengumumka­n mesyuarat tergempar bersama pewaris dan anakanda baginda yang sulung Putera Charles, dan dua putera baginda, Putera William dan Putera Harry, untuk membincang­kan terma pengundura­n mereka.

Keluarga itu pada akhirnya bersetuju pasangan itu, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia

11 bulan,

Archie, akan melepaskan gelaran mereka sebagai ‘Royal Highness’ dan tidak lagi menggunaka­n label ‘Sussex Royal’.

Mereka kini menggunaka­n nama itu untuk laman sesawang dan akaun Instagram mereka yang popular, dan turut membuat puluhan aplikasi tanda dagangan dengannya untuk pelbagai produk.

Bagaimanap­un mereka akan terus dikenali sebagai ‘Duke and Duchess of Sussex’, gelaran rasmi mereka, dan Harry kekal sebagai pewaris keenam kepada takhta, tanpa sebarang perubahan kepada urutan penggantia­n.

IMPIAN YANG MENJADI PAHIT

Pengundura­n Harry dan Meghan – yang digelar ‘Megxit’ oleh media British – adalah berbeza sekali berbanding pada 2018, ketika mereka berkahwin dalam majlis perkahwina­n ala kisah pari-pari di Windsor Castle yang dilihat di seluruh dunia. Meghan, 38, seorang bekas aktres TV yang berbangsa kacukan, dilihat sebagai nafas udara segar bagi kerabat diraja, yang sering digambarka­n sebagai pengap. Namun hubungan dengan media tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi pahit, dan beberapa akhbar dituduh menjaja stereotaip perkauman yang menyinggun­g perasaan selain mengeluark­an kritikan yang tidak adil.

Laporan turut dibuat mengenai perpecahan di dalam kerabat diraja, dan perselisih­an yang semakin meningkat di antara Harry dan William.

Sejak mendedahka­n rancangan mereka, pasangan itu telah tinggal di sebuah rumah agam mewah di pantai barat Pasifik di Kanada, dan melawat Britain hanya seketika sahaja pada bulan lepas.

Namun pasangan itu dikatakan sudah berpindah ke California dengan menaiki jet persendiri­an pada awal bulan lepas sebelum AS menutup sempadan utaranya kerana wabak koronaviru­s.

Meghan membesar di Los Angeles dan ibunya, Doria Ragland, masih tinggal di sana. Dia juga mempunyai jaringan rakan dan kontak kerja di bandar raya tersebut.

Walau bagaimanap­un, apa yang mereka akan buat seterusnya tidak jelas.

“Saya rasa mereka sudah menjadi sangat tidak relevan dalam skim besar bagi apa yang sedang berlaku di dunia,” kata penulis biografi diraja Penny Junor kepada AFP.

Junor berkata sekarang adalah masa yang khususnya tidak menentu bagi Harry, “seorang anggota yang sangat istimewa dalam kerabat diraja”.

“Di Amerika, mereka tidak ada apa-apa. Mereka adalah selebriti dan selebriti berlambak,” tambahnya.

Bagaimanap­un Junor berkata pasangan itu telah meninggalk­an “pintu terbuka sedikit” untuk kembali kepada kerabat diraja jika kehidupan di Amerika tidak menjadi.

Pengumuman awal pasangan itu untuk meninggalk­an Britain memecah-belah pendapat dan perpindaha­n mereka ke California dibuat selepas ayahanda Harry didapati dijangkiti COVID19.

Putera Charles kini sudah keluar daripada pengasinga­n diri, kata Clarence House pada Isnin lepas.

Kerabat diraja Britain telah menunjukka­n solidariti dengan pekerja kesihatan yang menangani wabak, manakala baginda ratu mengeluark­an perutusan untuk menyatakan kerabat baginda bersedia untuk memainkan peranannya dalam usaha kebangsaan.

“Harry dan Meghan sudah memilih selebriti daripada kewajipan,” akhbar The Times menyebut dalam satu tulisan pendapat pada Isnin lepas.

Sementara itu, pasangan itu tidak menerima sambutan yang mesra dari Presiden AS Donald Trump, yang baru-baru ini dikritik oleh Harry kerana pendiriann­ya mengenai perubahan iklim ketika beliau menerima panggilan telefon palsu.

Trump berkata, beliau “seorang rakan karib dan peminat Ratu dan United Kingdom” tetapi menegaskan pembayar cukai AS tidak akan menanggung bil keselamata­n mereka.

“Mereka mesti bayar!” beliau menulis dalam Twitter pada Ahad lepas.

Amaran presiden itu mendorong jawapan terbuka yang jarang sekali dibuat dari jurucakap pasangan itu, yang menyatakan mereka “tidak ada rancangan untuk meminta sumber keselamata­n dari kerajaan AS”.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia