Utusan Borneo (Sabah)

Kira-kira 510 warga gelandanga­n diberi tempat berlindung: Datuk bandar

-

KUALA LUMPUR: Kirakira 510 gelandanga­n diselamat dan ditempatka­n di dua pusat transit dan empat pusat komuniti yang dijadikan penempatan sementara di sekitar ibu kota sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata selain Pusat Transit Gelandanga­n Jalan Pahang dan Anjung Singgah, Pusat Komuniti Sentul Perdana, Pusat Komuniti Setiawangs­a, Dewan Serbaguna Alam Damai Cheras dan Dewan Serbaguna Tasik Ampang Hilir turut dijadikan penempatan sementara gelandanga­n terbabit.

“Kami akan terus menjejaki dan menyelamat­kan mereka di sekitar ibu kota dan ditempatka­n sementara di pusat-pusat komuniti itu sepanjang PKP.

“Ada lagi yang masih menyorok,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Pusat Komuniti Sentul Perdana di sini, semalam.

Beliau berkata, sebelum ditempatka­n di penempatan sementara itu, warga gelandanga­n akan menjalani saringan kesihatan untuk memastikan mereka bebas dari COVID-19. Tiada kes positif dalam kalangan gelandanga­n dilaporkan setakad ini.

Menurut Datuk Bandar, penempatan sementara warga gelandanga­n itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu golongan sihat warganegar­a, gelandanga­n bermasalah sakit berjangkit, mental dan penagihan dadah serta bukan warganegar­a.

“Golongan sihat warganegar­a akan ditempatka­n di Pusat Komuniti Sentul Perdana dan Dewan Serbaguna Tasik Ampang Hilir masing-masing seramai 181 dan 62 orang, Pusat Komuniti Setiawangs­a menempatka­n 95 gelandanga­n bermasalah, manakala di Dewan Serbaguna Alam Damai Cheras pula untuk 30 orang bukan warganegar­a.

Nor Hisham berkata, 99 gelandanga­n lelaki ditempatka­n di Pusat Transit Gelandanga­n Jalan Pahang manakala 43 gelandanga­n lelaki dan wanita termasuk tiga kanak-kanak di Anjung Singgah, kendalian Yayasan Kebajikan Negara.

Beliau berkata pihaknya turut menjalanka­n sistem data biometrik bagi setiap gelandanga­n yang ditempatka­n bagi memudahkan pelbagai agensi menyalurka­n bantuan atau sumbangan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan tiada lagi pengedaran makanan di Medan Tuanku bagi menjaga jarak sosial.

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Nor Hisham ketika melawat Pusat Penempatan Sementara bagi gelandanga­n susulan penularan COVID-19 di Pusat Komuniti Sentul Perdana, dekat ibu negara semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Nor Hisham ketika melawat Pusat Penempatan Sementara bagi gelandanga­n susulan penularan COVID-19 di Pusat Komuniti Sentul Perdana, dekat ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia