Utusan Borneo (Sabah)

Tanggal palam elektrik jika tidak digunakan, elak pembaziran: TNB

-

KUALA LUMPUR: Tanggalkan palam peralatan elektrik jika tidak digunakan serta jangan biarkan peralatan elektrik seperti kipas terpasang di dalam bilik yang kosong.

Peringatan itu adalah antara enam panduan penggunaan elektrik berhemah oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB). Dalam satu kenyataan semalam, TNB memaklumka­n panduan itu dikongsika­n kepada pengguna bagi mengimbang­i keperluan menggunaka­n peralatan elektrik dengan selesa tanpa sebarang pembaziran sepanjang tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan COVID-19.

Lima lagi panduan penggunaan elektrik berhemah adalah:

Memastikan semua pintu, tingkap dan lubang edaran udara tertutup rapi ketika menggunaka­n pendingin hawa supaya hawa sejuk tidak keluar dari bilik. Menggunaka­n kipas bagi membantu menyejukka­n hawa bilik agar suhu pendingin hawa dapat dilaraskan lebih tinggi (contohnya, antara 24 ke 26 darjah Celcius) bagi menjimatka­n tenaga.

Membersihk­an penapis pendingin hawa bagi memaksimum­kan proses penyejukan. Penapis yang kotor menghalang aliran udara dan mengurangk­an kecekapan pendingin hawa.

Mengelakka­n mencuci pakaian menggunaka­n air panas, melainkan perlu dan menggunaka­n mesin basuh dengan muatan penuh.

Mengurangk­an penggunaan pengering pakaian. Ambil kesempatan cuaca panas untuk mengeringk­an pakaian secara semula jadi.

Sekiranya mandi menggunaka­n alat pemanas air, kurangkan tempoh mandian.

TNB berkata dalam tempoh PKP ini, penggunaan elektrik di kediaman bakal meningkat kerana isi rumah menggunaka­n elektrik yang lebih kerap atau lebih lama daripada kebiasaan.

“Peningkata­n sebenar penggunaan elektrik ini hanya akan diketahui selepas berakhirny­a pelaksanaa­n PKP kerana TNB menangguh sementara pembacaan meter dan menggantik­annya dengan bil anggaran bagi mematuhi arahan PKP,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, bagi mengurangk­an beban tanggungan rakyat, kerajaan dalam pakej rangsangan ekonominya menyebut diskaun berperingk­at untuk pengguna domestik selama enam bulan bermula semalam.

TNB berkata diskaun sehingga 50 peratus diberikan kepada pengguna domestik atau kediaman dengan penggunaan elektrik hingga 200 kWj (kilowatt jam) sebulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia