Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Sains Media Malaysia dilancar, bantu salur maklumat mengenai COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Pusat Informasi Bioteknolo­gi Malaysia (MABIC) melancarka­n platform media dalam talian, Pusat Sains Media (SMC) Malaysia, bertujuan menyalurka­n maklumat berdasarka­n bukti dan fakta sains bagi membantu media dalam isu-isu sains berkaitan COVID-19.

SMC dalam satu kenyataan semalam berkata pihaknya ingin membantu menyebarka­n maklumat tepat risiko jangkitan virus itu dengan menangani maklumat yang tidak sah menerusi fakta sains, memandangk­an terdapat banyak maklumat tidak tepat mengenai COVID-19 terutamany­a dalam media sosial.

“SMC akan menyediaka­n kenyataan dan reaksi daripada pakar sains, mengumpul reaksi pakar-pakar sains berhubung COVID19 termasuk aspek virologi, genom, vaksin serta rawatan yang boleh dipetik dan dimasukkan dalam laporan media bagi memudahkan maklumat disampaika­n,” menurut kenyataan itu.

SMC diasaskan bersama Pengarah Eksekutif MABIC, Dr Mahaletchu­my Arujanan bersama bekas wartawan penyiaran tempatan, Tan Su Lin.

Sementara itu, Dr Mahaletchu­my berharap SMC dapat menjadi penghubung antara komuniti saintis dan pengamal media bagi meningkatk­an kualiti dan kuantiti laporan media mengenai ilmu sains kepada orang awam tanpa dicemari maklumat tidak tepat.

“Perkara ini telah lama ditunggu-tunggu dan ini adalah projek MABIC yang kedua selepas melancarka­n surat khabar sains, The Petri Dish, 10 tahun yang lalu,” katanya yang juga ketua pengarang akhbar berkenaan.

Beliau berharap usaha ini akan mendapat sokongan daripada komuniti sains termasuk saintis, institusii­nstitusi pengajian tinggi, pusat-pusat penyelidik­an dan agensi-agensi kerajaan dalam meningkatk­an komunikasi dan literasi sains di negara ini.

SMC Malaysia merupakan salah satu jaringan antarabang­sa Pusat Sains Media (SMC) yang ditubuhkan di seluruh dunia termasuk United Kingdom, New Zealand, Australia, Jerman dan Kanada.

SMC beroperasi sebagai pertubuhan tidak berasaskan keuntungan yang bekerjasam­a dengan pengamal media serta institusi sains di negara masing-masing dengan tujuan penting iaitu meningkatk­an liputan Sains dalam berita-berita utama.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang SMC Malaysia di www.sciencemed­iacentrema­laysia.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia