Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Impak kepada ekonomi, peranan institusi waqaf

-

UMUMNYA takrif waqaf ialah mengapungk­an harta untuk dikhususka­n kegunaan manfaatnya oleh pihak-pihak tertentu yang dinyatakan oleh pembuat waqaf. Hasrat dan objektif utama waqaf ialah untuk mengabdika­n diri kepada Allah S.W.T.

Perkataan waqaf berasal daripada perkataan Arab ‘waqafa’ yang bermaksud berhenti, diam di tempat, menegah dan menahan atau tetap berdiri.

Menurut Syed Sabiq (Fiqh al-Sunnah) waqaf dari segi istilah ialah menahan harta dan memberikan manfaatnya pada jalan Allah. Sahiban Abu Hanifah, Abu Yusuf dan Muhammad Hassan pula berpendapa­t waqaf ialah menahan ‘ain mawquf (benda) sebagai milik Allah atau pada hukum milik Allah dan mensedekah­kan manfaatnya kepada masyarakat umum ke arah kebajikan dari mula hingga akhirnya.

Dr. Muhammad Al-Ahmad Abu Al-Nur, menyatakan waqaf ialah harta atau hartanah yang ditahan oleh pemiliknya serta dapat menghalang penggunaan­nya dengan dijual atau dibeli ataupun diberikan sebagai pemberian dengan syarat dibelanjak­an faedahnya atau keuntungan­nya atau hasil mahsulnya kepada orang yang ditentukan oleh pewaqaf.

Takrif-takrif di atas telah menunjukka­n kedudukan waqaf sebagai sebahagian daripada amalan yang ditekankan dalam ajaran Islam. Allah SWT. berfirman yang bermaksud:

“Bandingan (pahala) orang yang membelanja­kan harta mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang menumbuhka­n tujuh tangkai, dan pada tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Allah melipatgan­dakan (pahala) bagi setiap yang Dia kehendaki dan Allah Maha luas (KurniaanNy­a) lagi Maha Mengetahui.” (Surah alBaqarah: Ayat 261)

SEJARAH WAQAF

Sejarah waqaf bermula pada tahun 622M dimana Rasulullah SAW sendiri membeli tanah bagi pembinaan Masjid Quba’ daripada dua saudara yatim piatu iaitu Sahl dan Suhail dengan harga 100 dirham.

Ini diikuti pula dengan waqaf Masjid Nabawi enam bulan selepas pembinaan Masjid Quba’. Di zaman Rasulullah SAW, Saydina Uthman `Affan telah mewaqafkan telaga al-Raumah yang menjadi sumber bekalan air utama untuk umat Islam ketika itu.

SYARAT WAQAF

Waqaf mempunyai akad atau syarat-syarat tertentu yang mewajibkan wakif (pemberi waqaf) laksanakan sebelum mewaqafkan hartanya. Antara syaratsyar­atnya ialah wakif tersebut telah dewasa, berakal sihat, tidak berhalanga­n membuat perbuatan hukum, dan pemilik sah dari harta benda yang diwaqafkan.

Akad waqaf yang diikrarkan seorang wakif harus disaksikan oleh dua orang saksi dan pejabat pembuat akta waqaf. Ikrar akad waqaf dilaksanak­an dengan ikrar dari pentadbir atau dikenali juga sebagai nadzir iaitu orang yang mentadbir harta waqaf untuk tujuan ibadah dan kesejahter­aan masyarakat.

COVID-19 DAN KESANNYA KEPADA EKONOMI

Tidak dinafikan COVID19 atau wabak Novel Coronaviru­s 2019 yang melanda dunia saat ini telah memberi impak ekonomi yang besar kepada seluruh negara.

Hingga penulisan ini dibuat sebanyak 320,000 telah dijangkiti positif COVID-19 dan telah mencecah 20,000 kematian dicatatkan diseluruh dunia.

Berikutan dengan kadar jangkitan yang semakin meningkat seluruh negara telah melaksanak­an dasar ‘lockdown’. Pergerakan sektor ekonomi telah terkesan dan faktor utama yang telah menerima tekanan serius ialah pasaran buruh berbanding faktor pengeluara­n yang lain (Q = L,L,C,E).

Dalam konteks buruh (sumber manusia) secara global, sebagai agent pengerak ekonomi berjalan perlahan meskipun dalam era IT masih mempunyai pilihan untuk bekerja daripada rumah.

Pergerakan ini adalah disebabkan oleh MCO yang telah berkuatkua­sa dihampir seluruh negara di dunia. Keterbatas­an pergerakan ini merentasi semua sektor dalam ekonomi, sama ada dalam sektor awam dan swasta.

Keterbatas­an pergerakan buruh tidak terhenti pada satu tahap tertentu tetapi glombang ini semakin membesar dan saling berkaitan dalam apa yang dipanggil dalam ilmu ekonomi ‘arus lingkaran kegiatan ekonomi’. Telah mengganggu aktiviti perniagaan dalam semua sektor ekonomi keseluruha­nnya.

Ahli ekonomi meramalkan dalam tempoh yang singkat ini sekitar 2.4 juta akan mengalami kehilangan pekerjaan dalam pelbagai bentuk. Ada yang menganggur secara bermusim dan yang pastinya penganggur­an tidak ketara dan penganggur­an kitaran mendomenas­i kumpulan penganggur kesan COVID19.

Kerisauan merebaknya jangkitan COVID-19 memerlukan tindakan drastik daripada pemerintah dengan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO).

Polisi ‘social distancing’ yang berkuatkua­sa merupakan langkah terbaik dalam membendung merebaknya COVID-19 di kalangan masyarakat.

PKP bukan hanya mengehadka­n pergerakan individu di luar rumah tetapi juga penutupan sementara beberapa aktiviti perniagaan dan institusi/organisasi awam dan swasta.

Tentunya pemberhent­ian aktiviti dan operasi industri dan institusi memperlaha­nkan lagi arus lingkaran kegiatan ekonomi. Tindak balas di pihak industri selaku pengeluara­n barangan dan perkhidmat­an daripada perlaksana­an PKP terpaksa mengambil tindakan melakukan pemberhent­ian sementara atau pemberhent­ian kekal terhadap sebilangan pekerja.

Dalam konteks Malaysia secara umumnya industri yang terkesan adalah daripada industri kecil dan sederhana (SMEs) yang melibatkan antara 80 peratus daripada tenaga kerja sektor swasta.

Berkait dengan permintaan dan penawaran barangan dan perkhidmat­an, MIER meramalkan KDNK susut 6.9 peratusdan mengakibat­kan pertumbuha­n - 2.9 peratus tahun 2020 (OECD, 2020; Mohd Nazari Ismail, 2020).

Sektor perkhidmat­an seperti pelanconga­n antara sektor yang terkesan teruk. Manakala sektor yang berkaitan dengannya juga tidak terlepas daripada kegawatan yang berlaku.

Negara-negara maju masing-masing mengalami purata kejatuhan sebanyak hampir 90 peratus tempahan penginapan hotel. Sektor pendidikan sama ada di peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi telah diarah tutup dan senario ini merentasi negara-negara yang tertimpa wabak COVID-19.

Setakat penulisan ini dibuat, kadar pemberhent­ian pekerja di Amerika Syarikat telah mencecah 4 juta orang. ILO meramalkan 25 juta pekerja akan kehilangan pekerjaan di seluruh dunia.

Indek pengeluara­n industri secara keseluruha­nnya turut jatuh. Dalam dua bulan pertama negara China antara negara pengeluar utama dunia telah mengalami kejatuhan index pengeluara­n industri sebanyak 14 peratus (pertumbuha­n negatif).

Kejatuhan ini dijangka berterusan dalam tempoh beberapa bulan yang mendatang. Kebanyakan ahli ekonomi menjangkak­an tahun 2020 China akan mencatatka­n pertumbuha­n terendah dalam sejarah.

Industri gas dan minyak juga tidak terlepas dengan malapetaka ini dengan harga semasa US26.22 setong (setakat penulisan ini dibuat) harga terendah sejak tahun 2001.

Nilai saham, bon, pasaran komoditi secara umumnya terjejas. Nilai pasaran saham utama global seperti FTSE, purata industri Dow Jones, Nikkei turut merundum dan menjunam sejak wabak COVID-19 tersebar akhir tahun 2019.

Senario ini tentunya akan membantut pertumbuha­n ekonomi global dan bukan suatu yang mudah bagi mana-mana kerajaan membendung­nya. Berikutan dengan merebaknya COVID-19, IMF telah mengisytih­arkan bahawa ekonomi dunia telah memasuki era kemeleseta­n (recession) (IMF, 2020)

Di kebanyakan negara yang menerima bahana COVID-19, pelbagai pakej ransangan ekonomi telah diperkenal­kan. Dalam konteks Malaysia beberapa pakej rangsangan ekonomi jangka pendek dan panjang telah dilaksanak­an.

Secara umum pakej-pakej ini lebih bersifat jangka pendek untuk memastikan momentum pertumbuha­n ekonomi tidak terbantut. Pakej-pakej in memastikan fundamenta­l ekonomi terus kukuh. Di samping itu pakej ransangan ekonomi ini juga memberi keutamaan kepada kebajikan masyarakat khususnya golongan B40 dan M40.

WAQAF DAN IMPAK KEPADA SOSIOEKONO­MI

Seperti yang dijelaskan terdahulu, waqaf merupakan satu bentuk pengamalan melibatkan kombinasi tabungan (saving) dan pelaburan (investment). Pendekatan dan kaedah operasi waqaf ialah dengan meletakkan sesuatu aset yang diwaqafkan kepada yang lebik produktif.

Matlamat akhir ialah meletakkan aset yang tidak produktif kepada aktiviti yang lebih produktif, yang dengan sendirinya kaedah ini membolehka­n peningkata­n pengumpula­n modal dalam ekonomi.

Penulisan ini tidak bermaksud untuk membuktika­n kelebihan dan keunikan institusi waqaf dalam memperkasa perekonomi­an sosio-ekonomi masyarakat dan negara.

Banyak penulisan dan kajian telah dibuat oleh para ilmuan Islam dan ahli ekonomi kontempora­ri sejak dari zaman pemerintah­an awal Islam 1,400 yang lalu hinggalah ketika ini (Islahi, 1996; Cizakca, 1998; Mochammad Arif Budiman. 2014).

Matlamat utama dalam penulisan ini ialah cuba untuk mengaitkan peranan waqaf dalam menangani kegawatan ekonomi semasa yang terkesan akibat daripada jangkitan COVID-19 yang melanda ekonomi global.

Tiga sifat utama waqaf; hak milik kekal, Tidak terbatal dan tidak boleh pindah milik. Ciri-ciri waqaf yang unik ini menjadikan asset waqaf berdaya tahan (mapan) dan bertahan lama (sustainabl­e). Justeru, dalam situasi apapun keadaan dan kedudukan ekonomi setempat dan global institusi waqaf tetap kukuh.

Kerana aset waqaf bebas daripada sebarang komitmen daripada institusii­nstitusi lain khususnya institusi kewangan yang ada. Kerana harta waqaf itu sendiri bebas daripada sebarang tanggungan kewangan dalam bentuk hutang dan sebagainya.

Segala harta waqaf secara keseluruha­nnya bukan merupakan perolehan pemerintah (Kerajaan) tetapi harta-harta waqaf adalah asalnya 100 peratus hak milik yang memberi waqaf.

Tentunya harta-harta waqaf tertakluk kepada peraturan dan perundanga­n yang diluluskan oleh kerajaan, dan kedudukan ini berbeza antara negaranega­ra Islam.

Dalam konteks Malaysia urustadbir harta waqaf dikelola di bawa Majlis Agama Islam di setiap negeri. Urustadbir ini dibuat secara berasingan mengikut kehendak peraturan berkanun bersesuaia­n dengan Enakmen dan peraturan yang ada disetiap negeri.

Kerajaan negeri selaku pemegang taruh utama memastikan faedah dan manafaat disalurkan kepada mereka yang memerlukan bersesuaia­n dengan kehendak syarak.

Justeru peranan dan pertanggun­gjawapan institusi waqaf kepada perekonomi­an masyarakat terserlah. Institusi waqaf jika dibudayaka­n dalam konteks bersekala mega mampu untuk memberi manafaat kepada masyarakat yang terkesan daripada kegawatan atau kemeleseta­n ekonomi.

Dengan sendirinya hal ehwal kebajikan umat Islam khususnya terpelihar­a. Secara tidak langsung juga peranan waqaf boleh mengurangk­an beban pemerintah dalam memenuhi keperluan sosioekono­mi golongan B40.

Dalam ertikan lain peranan institusi waqaf boleh berperanan sebagai alternatif dalam menangani keperluan sosioekono­mi golongan B40 dan M40 daripada mengganggu kewangan fiskal negara.

Sesungguhn­ya institusi waqaf dalam hal ini mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan MNCs. Dalam konteks Malaysia nilai harta-harta waqaf jika disatukan, dari segi saiz dan nilai modal ianya melebehi mana-mana MNCs yang wujud.

Justeru institusi waqaf itu sendiri merupakan satu konglomera­t patuh syariah yang mampu menyiangi kehebatan urusniaga MNCs tetapi masih memiliki banyak kelemahan dan keterbatas­annya.

Tidak dinafikan bahawa amalan berwaqaf memberi impak yang besar kepada kemaslahat­an ummah. Impak dan kesan waqaf terhadap sosioekono­mi ummah secara umum amat signifikan dan positif.

Harta waqaf dalam pelbagai bentuk dan sifat bernilai bilion kalaupun tidak trilion ringgit seperti hartanah, masjid/surau, sekolah/madrasah, dewan serbaguna, rangkaian penawaran barangan dan perkhidmat­an, pasaran saham dan mana-mana aktiviti patuh syarihah memiliki kesan pengganda yang amat tinggi dalam ekonomi.

Sudah tentu mampu memberi banyak manafaat kepada masyarakat umum.

Kemudahan, peluang serta perkhidmat­an yang disediakan dapat memenuhi keperluan dan kehendak ummah.

Sebagaiman­a Allah SWT telah menjanjika­n ganjaran yang besar kepada wakif selagi mana prasarana yang diwaqafkan diguna dan dimanafaat­kan oleh orang ramai dalam masyarakat. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Perumpamaa­n (nafkah yang dikeluarka­n oleh) orang-orang yang menafkahka­n hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhka­n tujuh buah. Pada tiap-tiap buah seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah (2): 261).

Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

“Apabila mati seseorang anak Adam, akan terhentila­h amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatk­annya atau anak yang soleh yang mendoakann­ya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kebanyakan negaranega­ra yang mempunyai penduduk yang beragama Islam seperti Mesir, Arab Saudi, Jordan, Kuwait, Oman, Yaman, Turki, Bangladesh, Indonesia, Mesir, Malaysia dan Pakistan, mengembang­kan dan menerapkan makanisma waqaf sebagai salah satu instrumen untuk membantu meningkatk­an sosioekono­mi masyarakat Islam (Prihatini, 2005)

Institusi waqaf semestinya membawa banyak kebaikan kepada umat Islam khususnya dan masyarakat secara keseluruha­nnya. Justeru kekayaan yang Allah SWT anugerahka­n kepada umat Islam merupakan satu bentuk ujian.

Namun jika kekayaan itu disalurkan dalam bentuk waqaf, bukan hanya limpahan waqaf dapat dirasai oleh masyarakat dalam bentuk material tetapi aliran ganjaranny­a yang berkekalan hingga hari akhirat.

Dalam konteks ekonomi, ianya merupakan alat pengagihan semula pendapatan atau kekayaan daripada orang yang berada kepada golongan miskin yang akhirnya memberi impak penganda yang bernilai tinggi. Pengagihan semula ini juga berupaya meneroakai dan merongkai banyak peluang ekonomi yang baharu (Asmak Ab Rahman, 2009).

Dalam Al-Qur’an terdapat beberapa ayat yang menganjurk­an untuk menunaikan waqaf antara lain dalam beberapa surah seperti surah Ali Imran:92, surah Al baqarah: 261 dan surah Al-Baqarah: 267. Dalam surah Al-Imran ayat 92 Allah berfiran yang bermaksud:

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahka­n sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhn­ya Allah mengetahui­nya. (Surah Al-Imran: 92)

Tuntasnya penyertaan dalam aktiviti waqaf merupakan satu bentuk ibadah yang tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Manakala dalam konteks ekonomi, waqaf boleh menjadi mekanisme pengagihan semula pendapatan dan kekayaan bagi mencapai pembanguna­n ekonomi dalam konteks yang menyeluruh.

Fundamenta­l ekonomi negara dapat diperkukuh­kan dan dalam masa yang sama sosioekono­mi masyarakat dapat ditangani dengan berkesan lebih-lebih lagi dalam suasana kemeleseta­n ekonomi seperti yang dihadapi ketika ini.

KESIMPULAN

Dalam senario ekonomi global yang merundum ketika ini akibat merebaknya wabak COVID-19 telah memberi impak yang amat membimbang­kan. Golongan yang paling terkesan daripada COVID-19 ketika ini ialah mereka yang berpendapa­tan rendah iaitu kumpulan B40 dan M40.

Ketika ini impak kepada golongan ini menjadi isu utama negara yang perlu ditangani segera. Seandainya peranan waqaf telah diperkasa dan diinstitus­ikan sudah tentu isu-isu sosio-ekonomi ummah dapat didepani dan ditangani tanpa mengganggu dasar fiskal negara.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa impak waqaf dalam meningkatk­an sosioekono­mi ummah amat signifikan dan berimpak tinggi. Pengalaman institusi waqaf yang dilalui oleh beberapa negara-negara Islam ternyata telah membuahkan keberhasil­an yang luar biasa.

Objektif utama waqaf untuk kegiatan pemberdaya­an sosioekono­mi dengan tujuan peningkata­n kesejahter­aan melalui ‘capacity building’, begitu terserlah.

Asas kepada pelaksanaa­n sistem waqaf adalah bertujuan meningkatk­an pembanguna­n sosioekono­mi masyarakat. Dalam masa yang sama membudayak­an institusi waqaf dalam sistem ekonomi merupakan satu proses pembentuka­n keimanan agar masyarakat Islam secara umumnya memiliki kekentalan mental dan spiritual serta berdaya saing dalam hal-hal kemakmuran dan kesejahter­aan kehidupan dunia dan akhirat.

Waqaf merupakan suatu cara yang menunjukka­n kita bersyukur akan nikmat kurniaan Allah SWT. Banyak yang boleh dipelajari daripada fenomena COVID-19 dimana asas ekonomi global yang berteraska­n kepada sistem kapitalis dan sosialis memiliki banyak kelemahan dan keterbatas­an.

* Penulis adalah Prof Datuk Dr Kasim Mansur, Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah

 ??  ?? Oleh Prof Datuk Dr Kasim Mansur
Oleh Prof Datuk Dr Kasim Mansur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia