Utusan Borneo (Sabah)

Yayasan Raja Zarith Sofiah dapatkan sumbangan RM1 juta bantu bendung wabak COVID-19

-

JOHOR BAHRU: Yayasan Amal Ng Teng Fong (NTFCF) dari Singapura telah menyumbang sebanyak RM1 juta menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) bagi membantu Malaysia membendung penularan wabak COVID-19.

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah semalam menzahirka­n ucapan penghargaa­n kepada pengerusi yayasan berkenaan, Robert Ng Chee Siong atas sumbangan itu.

“Kami sekeluarga ingin mengucapka­n terima kasih kepada Robert Ng atas keikhlasan beliau,” titah Permaisuri Johor kepada Royal Press Office, di sini, semalam, yang dimuat naik menerusi laman rasmi Facebook The Royal Johor, di sini, semalam.

Raja Zarith Sofiah bertitah sumbangan berkenaan amat dihargai dan sebahagian besar sumbangan itu penting untuk digunakan bagi memperoleh segala keperluan perlindung­an bagi petugas perubatan barisan hadapan dan mesin perubatan bagi hospital di seluruh Malaysia terutama dalam membendung penularan wabak berkenaan.

“Saya akan mendapatka­n nasihat serta maklumat daripada Ketua Pengarah Kementeria­n Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Pengarah Kesihatan Johor Dr Aman Rabu dan Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ Hishamuddi­n Abdul Rahim bagi membolehka­n sumbangan disampaika­n mengikut keperluan,” titah baginda lagi.

Sementara itu, Ng berkata NTFCF ditubuhkan sempena mengenangk­an ayahnya, Ng Teng Fong yang merupakan seorang ahli perniagaan terkenal di Singapura.

“Ng Teng Fong Charity Foundation gembira dalam menyampaik­an sumbangan ini bagi membantu Malaysia memerangi wabak COVID-19. Kami turut berdoa untuk kesihatan dan keselamata­n rakyat Malaysia dalam situasi sebegini,” kata Ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia